AdSense

Monday, January 25, 2016

'Geng Bas Sekolah 2016' dapat perlindungan insurans


Skim Perlindungan Insurans Kemalangan Diri diteruskan pada tahun 2016 bagi tujuan melindungi para pelajar yang menaiki bas sekolah.


Agensi yang bertanggungjawab dalam hal ini iaitu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata, hanya mereka yang menggunakan bas sekolah yang berdaftar sahaja layak untuk menikmati skim tersebut.

Maksud berdaftar di sini ialah, berdaftar dengan SPAD bagi Semenanjung Malaysia dan Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) untuk Sabah dan Sarawak.

Anak-anak yang menaiki bas sekolah berdaftar ini layak untuk menikmati perlindungan maksimum sehingga RM100,000 dengan kos premium sebanyak RM40 yang akan ditanggung oleh kerajaan.

Berikut merupakan kategori yang terkandung di dalam skim perlindungan insurans :

Kematian akibat kemalangan - RM100,000
Hilang keupayaan kekal - Sehingga RM100,000
Bayaran perubatan - RM3,000 maksimum (mengikut bil perubatan)
Manfaat hospital - RM100/sehari sehingga maksimum 30 hari
Khairat kematian - RM2,500

Sementara syarikat insurans terkenal, Takaful Malaysia Berhad dilantik bagi mengurus serta mengendali hal-hal berkaitan tuntutan insurans tersebut. Terdahulu, beberapa syarikat insurans yang berdaftar di bawah Kementerian Kewangan turut mengambil bahagian bagi mendapatkan pengurusan tersebut yang dijalankan menerusi tender terbuka.

Mungkin ramai yang sudah lupa, skim perlindungan insurans ini merupakan lanjutan inisiatif sepertimana yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2013 yang lalu.

Untuk makluman, skim ini pada asalnya sudah ditamatkan pada tahun 2015. Namun hasil perbincangan dan penelitian yang terperinci, SPAD berjaya membawanya sehingga ia dapat diteruskanpada tahun ini, 2016. Tiada lain, SPAD kelihatan cukup menitik beratkan soal kepentingan orang ramai terutama sekali hal-hal yang berkaitan dengan pengangkutan awam darat.

No comments:

Post a Comment