Tahun 2016 membuka tirai dan kini menyusuri penghujung bulan Januari...
Anda hendak tahu berita negatif atau positif terlebih dahulu?
Biarlah kita sentuh tentang berita positif dahulu ya, mudahan-mudahan dapat menaikkan mood baik pembaca.
Baru-baru ini Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad telah dilantik menganggotai Felo William Pitt Kolej Pembroke, Universiti Cambridge.
Apa tu? Mungkin ada dikalangan pembaca yang tahu dan ada juga yang tidak tahu.
Untuk makluman pembaca, lantikan ini merupakan satu pengiktirafan kepada hubungan baik diantara kumpulan FELDA , Kolej Pembroke dan Universiti Cambdrige yang terbina selama ini.
Jalinan baik tersebut bukan berlaku dalam masa sehari dua ini tetapi ia bermula sejak beberapa tahun lalu apabila satu perjanjian strategik ditandatangani antara Yayasan FELDA dengan Kolej Pembroke sekitar Januari 2012.
Melalui persefahaman itu, kesemua pegawai kanan FELDA dan FELDA Global Ventures (FGHV) telahpun dan sedang mengikuti latihan di Kolej Pembroke menerusi Program Perkongsian Korporat kedua-dua belah pihak.
Felo William Pitt Kolej Pembroke, Universiti Cambridge. Siapa pula William Pitt?
William Pitt merupakan bekas Perdana Menteri Britain yang antara termahsyur sekitar tahun 1783.
Beliau yang juga merupakan Perdana Menteri Britain termuda ketika itu pernah dilantik semula menjadi Perdana Menteri pada tahun 1804 sebelum meninggal dunia dua tahun kemudian.
Oh ya, William Pitt juga adalah bekas pelajar Kolej Pembroke.
Sememangnya penganugerahan menganggotai felo itu adalah satu penghormatan bukan sahaja kepada Tan Sri Mohd Isa bahkan juga kepada kumpulan FELDA secara keseluruhannya.
Sekalung tahniah buat Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan FELDA kerana mendapat penghargaan sebegitu tinggi dimata antarabangsa.
Baiklah, sebagaimana tajuk di atas... Apa pula berita negatif tentang Isa Samad?
Tiada apa berita negatif melainkan serangan-serangan politikus yang tidak pernah berasa senang dengan kejayaan FELDA yang dipimpin Mohd Isa.
Ada saja tuduhan dan persepsi berbaur fitnah dilemparkan kepada FELDA.
Walhal dunia menghargai dan mengiktiraf FELDA.
No comments:
Post a Comment