Pihak polis menafikan penyebaran di laman sosial berhubung ancaman pengganas dibeberapa lokasi di ibunegara.
"Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah menyebut secara spesifik tempat-tempat yang menjadi sasaran pengganas."
Siapa punya angkara lah yang menyebarkan berita ini...
Pada 15 Januari lepas, pihak polis sudah jelas dengan kenyataan Ketua Polis Negara bahawa pihak berkuasa sedang mempertingkatkan tahap keselamatan dalam negara.
Langsung tidak menyebutnya secara spesifik.
Mungkin kerana gambar pasukan polis yang sedang berkawal dibeberapa lokasi tumpuan pelancong menjadi bahan kepada berita tidak tepat tersebut.
Walhal sudah jelas dengan kenyataan KPN bahawa pihaknya sedang mempertingkatkan kawalan keselamatan negara.
Jadi janganlah ada dikalangan kita yang cuba memutar belitkan kenyataan KPN itu.
Usah menambahkan tekanan orang ramai terutama sekali dalam suasana pada hari ini.
"PDRM memandang berat sebaran berita sebegini kerana ia telah membangkitkan kegusaran dan ketakutan masyarakat secara keterlaluan."
Apa yang penting kita sebagai warganegara Malaysia sewajarnya berada dalam keadaan berwaspada setiap masa. Rujuk pada sumber yang sahih dalam apa jua perkara.
No comments:
Post a Comment