Pastinya anda menyukai makanan yang terdapat di restoran McDonald's bukan...
Sedia maklum, kebanyakkan bahan mentah yang digunakan di restoran McDonald's berasaskan kepada daging lembu dan ayam.
Apa sahaja bahan yang perlu melalui proses penyembelihan pastinya menjadi isu sensitif terutamanya kepada umat Islam.
Bagaimana cara penyembelihan daging-daging ini? Apakah ia mematuhi syariat Islam?
Untuk makluman pembaca, McDonald's Malaysia cukup memandang berat tentang perkara ini. Sebab itu McDonald's Malaysia akan memastikan setiap pembekal mereka benar-benar layak dan diiktiraf sebagai syarikat yang mematuhi syarat patuh halal sahaja.
Syarikat pembekal yang memiliki sijil halal dan diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) sahaja yang dibenarkan untuk berurusan dengan McDonald's.
Siapa pembekal utama McDonald's Malaysia?
MacFood Service (M) Sdn Bhd merupakan pembekal utama kepada McDonald's Malaysia. Syarikat pembekal ini memiliki pengalaman dalam bidangnya selama 25 tahun dan cukup mementingkan soal halal dalam proses bahan mentah sebelum dihantar ke McDonald's.
MacFood mengenakan kawalan dan ujian piawaian ketat dalam proses pengeluaran produk halal serta sentiasa mematuhi syarat-syarat halal yang digariskan.
Bukan itu sahaja, McDonald's Malaysia juga mementingkan soal kebersihan di premis mereka. Ini meliputi ruang penyimpanan makanan, perhidangan, pengendalian, pembungkusan dan sistem saliran pembentungan.
Suara Lensa ada menyiarkan artikel mengenai pengiktirafan status halal restoran McDonald's Malaysia dan aspek kebersihan yang kekal berada pada tahap paling tinggi. Rujuk pautan :
McDonald's Malaysia amal konsep Halalan Tayyiban
Kenapa perlu boikot restoran yang ada sijil halal dan bersih?
Tidak cukup dengan itu, setiap pekerja di restoran McDonald's juga wajib dikenakan suntikan kesihatan sebelum layak untuk bekerja!
Sehubungan dengan itu, status halal dan kebersihan di restoran McDonald's Malaysia kini bukan lagi menjadi persoalan atau kekeliruan orang ramai.
Selamat datang ke McDonald's
No comments:
Post a Comment