Ketika berdepan dengan satu-satu isu yang dibangkitkan, adalah lebih elok jika kita mendapatkan penjelasan dan keterangan daripada pelbagai pihak secara menyeluruh.
Kita sedia maklum, pihak pembangkang terutamanya akan menjuarai populariti terhadap isu-isu melibatkan negara.
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) misalnya, pembangkang sedari awal sudah memainkan persepsi yang tidak baik terhadap kerajaan.
Persepsi negatif yang dimain pembangkang sejak beberapa tahun kebelakang itu berjaya memperdayakan orang ramai termasuk dikalangan anggota kerajaan atau parti pemerintah.
Banyak lagi isu yang diketengahkan, pihak pembangkang berjaya menjuarainya hanya bermain dengan persepsi.
Sewajarnya kita sebagai rakyat yang mendengar atau pemerhati politik perlu mendapatkan penjelasan daripada kedua-dua belah pihak sekiranya berdepan dengan tuduhan-tuduhan liar sepertimana amalan parti pembangkang.
Tindakan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang menganjurkan bengkel dan penerangan kepada ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) berhubung TPPA merupakan usaha yang cukup positif serta proaktif.
Baharulah wujud keseimbangan apabila berita berunsur persepsi dapat dihakis daripada terus memperdaya orang ramai.
Dalam masa sama beliau berkata, bengkel tersebut berupaya merungkai secara jelas dan memberi kefahaman yang lebih baik sekaligus menolak persepsi negatif daripada terus menjuarai pemikiran rakyat.
Sedia maklum, pihak pembangkang akan menggunakan apa sahaja cara bagi memburuk-burukkan kerajaan termasuk menggagalkan usaha kerajaan membina kejayaan untuk negara.
Tentera yang sering digunakan oleh pembangkang untuk menyerang kerajaan antara lain adalah seperti badan-badan bebas (NGO).
Namun, Noor Ehsanuddin yakin serangan-serangan tersebut bakal dipatahkan oleh pemimpin BN setelah mereka mendapat pemahaman yang jelas berserta fakta tepat tentang TPPA.
Sedia gempur pembangkang!
No comments:
Post a Comment