AdSense

Saturday, January 16, 2016

Kenapa perlu boikot restoran yang ada sijil halal dan bersih?


Teringat pada sebuah lagu iklan,

"Nak makan sabunlah tangan..... Pilih gerai yang bersih.... Hapuskan lalat kuman.... Penyakit dapat disisih"

Kebanyakkan daripada kita pasti akan mengunjungi kedai-kedai makanan di luar samada secara kerap atau sebaliknya. Soal pemakanan ini cukup penting dalam kita menjaga kesihatan.

Namun sejauh mana masyarakat kita mementingkan soal kebersihan dalam persekitaran sekeliling?





Bercakap tentang pemakanan, status halal dan kebersihan penyediaannya menjadi perkara penting kepada pengguna.

Ramai yang tidak tahu, bukan mudah hendak mendapatkan sijil halal... Dan ia juga bukanlah lesen 'sekali seumur hidup'. Bermaksud, sijil halal yang diiktiraf kepada mana-mana premis penyediaan makanan boleh ditarik pada bila-bila masa sekiranya mereka tidak menepati syarat yang digariskan.


Sekitar awal November 2014, penulis pernah dijemput oleh beberapa pengusaha makanan di Medan Selera di Puchong.

Pengusaha-pengusaha makanan ini mengadu tentang permasalahan mereka berhubung kelulusan sijil halal oleh pihak berwajib.

Untuk makluman pembaca, pengusaha makanan yang majoriti beragama Islam ini begitu mengharapkan supaya dapat diberikan pengiktirafan sijil halal.

Namun, selepas dua bulan membuat permohonan, mereka masih gagal memiliki sijil halal untuk dipamerkan dipremis perniagaan mereka.

Walaupun pengusaha dan pengunjung di medan selera ini dikuasai oleh orang Islam dan Melayu, namun mereka tetap mahukan pengiktirafan status halal daripada pihak berwajib.

Hakikatnya, pihak berwajib tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan sijil halal kepada mana-mana premis perniagaan. Halal bukan setakat halal tetapi Halalan Toyyiban iaitu sesuatu makanan yang halal dan bersih, ini yang ditekankan sebenarnya.

Menyentuh tentang sijil halal ini, pernah juga suatu ketika dahulu wujud kekeliruan dikalangan orang ramai terutamanya penganut agama Islam terhadap restoran terkenal, McDonald's.

Namun kekeliruan itu berjaya ditangani apabila ternyata restoran McDonald's bebas daripada tuduhan-tuduhan yang tidak berasas tersebut. Tuduhan yang dilemparkan semata-mata berniat jahat untuk memboikot McDonald's.


Fakta yang tidak dapat dinafikan ialah, pengiktirafan status halal diberikan kepada McDonald's Malaysia. Ia menjadikan McDonald's Malaysia sebagai sebuah restoran makanan segera yang PERTAMA memperoleh sijil halal yang dikeluarkan oleh jabatan agama.

Dapat dilihat disini bahawa McDonald's cukup mementingkan soal kualiti makanan yang dihidangkan kepada para pelanggannya.

Keutamaan McDonald's adalah memastikan produk mereka berkualiti dan jaminan 100% memenuhi syarat halal.


Suara Lensa ada menyiarkan artikel tentang status halal produk McDonald's sebelum ini. Baca selanjutnya di sini.

Apa yang penulis cuba bangkitkan dalam penulisan kali ini ialah persoalan mengenai bagaimana sebuah restoran yang memiliki sijil halal seperti McDonald's Malaysia ini diboikot oleh segelintir pihak? Sedangkan McDonald's Malaysia mematuhi konsep 'Halalan Toyyibban' iaitu halal dan bersih.

Sehubungan dengan itu masyarakat terus diingatkan supaya tidak terpedaya dengan agenda jahat pihak tertentu dalam usaha memboikot restoran McDonald's Malaysia. Sedarlah bahawa mereka memboikot McDonald's Malaysia adalah kerana mempunyai kepentingan tertentu.

#TerimaFaktaTolakFitnah

No comments:

Post a Comment