AdSense

Thursday, December 24, 2015

McDonald's Malaysia amal konsep Halalan Tayyiban


Majoriti dikalangan kita umat Islam amat memandang berat soal halal dan haram di dalam pemakanan. Selain isu sensitif, ia juga merupakan tuntutan syarak di dalam Islam.

Bukan sekadar halal tetapi apa yang paling penting adalah halalan tayyiban. Iaitu makanan yang halal, suci dan bersih. Ini merupakan tuntutan syarak yang sebenar. Ini kerana, Islam juga amat mementingkan soal kebersihan.


Memetik khutbah Jumaat bertajuk "Penghayatan terhadap konsep Halalan Tayyiban" bertarikh 4 Julai 2008 :

"Persoalan besar timbul ialah apakah maksud sebenar Halalan Tayyiban? Berdasarkan pemerhatian, sebahagian umat Islam hanya memahami makanan halal adalah makanan yang bersumber daripada binatang halal halal disembelih dan tidak mengandungi lemak babi. Ini adalah pemahaman yang silap.

"Berdasarkan pemahaman yang silap ini, maka kita lihat orang Islam kelihatan menjual makanan yang halal tetapi premis atau kedai kotor, pinggan mangkuk, tempat memproses makanan, stor dan sebagainya tidak bersih dan menjijikkan. Kadangkala penjual dan pekerja juga tidak menjaga kebersihan diri mereka. Keadaan ini bercanggah dengan ajaran Islam dan Prinsip Halalan Tayyiban.

"Hakikatnya prinsip makanan Halalan Tayyiban bermaksud makanan itu halal lagi bersih dan selamat untuk dimakan yang mengambil kira status sumber makanan, peralatan, cara memproses, penyimpanan, pembungkusan dan kawasan persekitaran bebas daripada najis serta mematuhi standard amalan kebersihan yang ditetapkan."

Beberapa bulan lepas, semasa keluar waktu rehat, seorang rakan penulis enggan menyentuh makanan yang dihidangkan kepadanya ketika itu di McDonald's Bangsar, Kuala Lumpur.

Beliau mengatakan sudah lama tidak memakan makanan McDonald's. Bila ditanya kenapa, beliau mengatakan makanan daripada McDonald's tidak halal.

Penulis mengatakan kepada beliau bahawa usah terpedaya dengan persepsi-persepsi yang disebarkan di internet. Tuduhan yang mendakwa makanan di McDonald's adalah haram malah tidak memiliki sijil sah halal oleh Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) merupakan tuduhan yang tidak tepat.


Setelah menjelaskan fakta sebenar, beliau yang bersangka buruk terhadap McDonald's mula berubah pendirian dan kini merupakan pelanggan McDonald's.

Untuk makluman pembaca, McDonald's Malaysia merupakan restoran segera yang PERTAMA memperoleh sijil halal yang dikeluarkan oleh jabatan agama.

Sekalipun McDonald's dilihat menghidangkan makanan ala barat - sama seperti restoran-restoran 'western' yang lain, namun McDonald's cukup mementingkan soal kualiti makanan yang dihidangkan kepada pelanggannya.

Keutamaan McDonald's adalah memastikan produk mereka berkualiti dan jaminan 100% memenuhi syarat halal.

Ramai yang tidak tahu bahawa terdapat satu organisasi yang hanya ditubuhkan untuk mengawasi ketat serta memastikan status halal di dalam produk McDonald's terus dipelihara. Mereka ini dinamakan sebagai Ahli Audit Halal McDonald's. Tidak cukup dengan itu, mereka juga mendapatkan khidmat daripada penasihat syariah!

Tanpa kompromi, McDonald's terus mengambil berat dan memastikan semua pelanggannya dapat menikmati kualiti, perkhidmatan dan kebersihan secara berterusan. Pergi sahaja ke mana-mana restoran McDonald's, kebersihannya berada pada tahap yang memuaskan!
Inilah pengertian halalan tayyiban yang sebenarnya.


#McDonaldsMalaysiaHalal
#TerimaFaktaTolakFitnah

No comments:

Post a Comment