AdSense

Wednesday, December 23, 2015

SPAD : Beli secara 'online' atau guna mesin tiket elak sesak


Pasti ramai yang tidak sabar-sabar untuk pulang ke kampung halaman pada musim cuti 2 hari bermula esok bersempena Maulidur Rasul dan Hari Krismas.

Ada yang merancang perjalanan menggunakan kenderaan sendiri dan ada juga berhasrat menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

Sehubungan dengan itu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menasihati orang ramai yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam khususnya bas ekspres supaya mendapatkan tiket masing-masing menerusi sistem dalam talian atau mesin penjualan tiket (TVM).

Ia bertujuan mengelakkan berlakunya kesesakan semasa urusan pembelian tiket di kaunter-kaunter terminal.

Untuk makluman pembaca, sistem berkenaan terbuka kepada para pengguna yang menggunakan perkhidmatan bas ekspres dari Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) ke sektor Pantai Timur, Utara dan Selatan.

Bagi memudahkan pencarian, para penguna boleh melayari http://www.spad.gov.my/ms/tiketBE sebagai rujukan senarai portal dan laman web syarikat bas ekspres yang ada menawarkan pembelian tiket secara dalam talian.

Info:

TBS-BTS

  • Pihak pengurusan TBS-BTS sudahpun menyediakan 7 buah TVM yang menawarkan tiket daripada 68 syarikat bas ekspres.
  • Sebanyak 41 kaunter sistem tiket berpusat dibuka untuk penjualan tiket bercetak.

Pantai Timur

  • Pengguna bagi laluan ke Pantai Timur dari Hentian Jalan Pekeliling boleh membeli tiket secara dalam talian daripada syarikat-syarikat bas yang beroperasi di hentian terbabit.

Di samping itu, SPAD turut membuka permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) kepada pengendali bas ekspres yang berhasrat menawarkan bas tambahan. Tempoh sah LPS ini bermula dari hari ini 23 Disember 2015 hingga 3 Januari 2016.

Selamat bercuti!

No comments:

Post a Comment