AdSense

Monday, January 4, 2016

Azam 2016 : Tolak fitnah!

KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM

SPRM TIDAK TERIMA MAKLUMAN KETUA PESURUHJAYA DIGANTI


BERHUBUNG laporan portal berita bahawa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed kemungkinan akan diganti atas masalah kesihatan, sebagaimana telah dinyatakan dalam temu bual bersama Sinar Harian dan Oriental Daily baru-baru ini, Tan Sri Abu Kassim berpegang kepada pendirian bahawa beliau tidak akan berundur atas tekanan mana-mana pihak, melainkan keputusannya sendiri atas sebab masalah kesihatan.Buat masa ini, tiada tekanan daripada mana-mana pihak yang meminta beliau supaya menamatkan perkhidmatan di SPRM.

Untuk makluman, kontrak Tan Sri Abu Kassim sebagai Ketua Pesuruhjaya hanya akan tamat pada 2018 manakala persaraan wajib beliau dari perkhidmatan awam adalah pada tahun 2020.



SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

4 JANUARI 2016

Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment