AdSense

Sunday, December 20, 2015

Ini antara BUKTI UMNO Wangsa Maju ambil berat



Syukur... UMNO sememangnya peka dan prihatin terhadap rakyat tanpa memilih bulu.

Di Wangsa Maju, walaupun kawasan parlimennya bukan dikuasai oleh UMNO, namun parti keramat ini tetap menjadikan rakyat sebagai sesuatu yang perlu didahulukan.

Semalam, UMNO Bahagian Wangsa Maju menerusi Biro Pendidikannya telah menjayakan Program Bantuan Persekolahan.

Program bertemakan 'Ceria ke Sekolah' ini juga mendapat kerjasama daripada Yayasan Wilayah Persekutuan.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah.

Antara penerima sumbangan ini terdiri daripada 700 orang pelajar sekolah rendah dan  menengah (Darjah 1 hingga Tingkatan 5) bagi sesi persekolahan tahun 2016.

*Sumber gambar dan info : Facebook Seummah Wangsa Maju

No comments:

Post a Comment