AdSense

Monday, December 21, 2015

Tanam kebencian guna media sosial



Orang kecewa dan orang yang tidak percaya pada qada dan qadar adalah kumpulan yang paling ramai di media sosial sambil membawa perjuangan anti kerajaan.

Kumpulan ini membesar dengan hanya satu tujuan iaitu meruntuhkan kerajaan sedia ada pada hari ini - UMNO / Barisan Nasional.

Selain disokong oleh pemimpin-pemimpin, mereka ini hidup dengan dikelilingi isu-isu yang diangkat oleh parti lawan.

Lantang tentang isu membabitkan ketirisan 1MDB misalnya tetapi membisu apabila dihidangkan dengan skandal DEIG melibatkan orang-orang mereka.

Lihat pada gambar di atas, baru satu akaun didedahkan... 1 akaun laman sosial dicipta semata-mata mahu membangkitkan kebencian terhadap kerajaan pemerintah. 1 akaun yang hanya memiliki 64 orang kenalan seperti ini berupaya meraih hampir 400 'likes' dalam satu komen.




Setiap hari, setiap masa, kerajaan UMNO BN terpaksa menghabiskan masa yang banyak untuk melayan kritikan-kritikan yang tidak membina. Kritikan yang hanya bertujuan melemahkan pihak kerajaan.

Akibat terlalu melayan puak-puak kecewa dan tidak percaya pada qada dan qadar ini seterusnya membazirkan masa pihak kerajaan untuk membangunkan negara. 

Bukan semua kritikan perlu diabaikan dan bukan semua kritikan perlu dijawab. Soal pokok adalah mengenai penyebaran persepsi negatif terhadap kerajaan. Kononnya wujud rasuah tetapi dimana buktinya?

Baru-baru ini ada berita melaporkan mengenai tertangkapnya 2 orang individu yang terlibat dalam aktiviti menghina kerabat diraja. Penangkapan ini dilakukan dalam masa singkat. Pihak yang dihina berada di selatan sementara suspek yang ditahan berjaya diberkas di ibunegara.

Membuktikan bahawa masa dan jarak bukan penghalang untuk kita membendung budaya negatif seperti menghina intitusi diraja serta menghina individu tertentu.

Menjadi kebanggaan buat kita rakyat Malaysia apabila intitusi raja terus dipelihara dan disanjung tinggi kesuciannya. Raja sebagai ketua agama. Sementara Islam sebagai agama rasmi negara.

Hukuman yang lebih berat pasti dikenakan jika kita berpijak dibumi Thailand. Kenyataan yang tidak ada siapa-siapa yang boleh menafikannya.

Apa yang cuba dibangkitkan dalam penulisan ini ialah, bagaimana kita dapat nikmati kehidupan tanpa bergelumang dengan perkhabaran-perkhabaran negatif setiap saat?

Pejam mata dan fikirkan...
#TerimaFaktaTolakFitnah

4 comments:

  1. Di malaysia penguat kuasa terlalu lembap. Proses mahkamah juga terlalu lembap.tindakan jarang-jarang,hanya bermusim. Pelaku kesalahan merasa bebasdan tidak takut dengan undang-undang yang ketat tapi mereka tahu tiada tindakan.kalau tertangkappun boleh lepas.

    ReplyDelete
  2. Majoriti tidak boleh menerima kebenaran wang derma, donation atau gift di masukkan kedalam akaun peribadi itu dikatakan akaun amanah dan tidak melanggar mana-mana peraturan. Itu aje.

    ReplyDelete
  3. ramai tak suka najib pada mulanya...tapi oleh kerana UMNO melindungi dia dari pertanyaan rakyat dgn jawapan tak ikhlas...umno jadi mangsa...pembangkang bukan kuat mana...tapi rakyat tiada pilihan

    ReplyDelete
  4. Maaf , mmg bnr apa yg shbt bertiga nyatakn.. Jgn marah, ini suara kcw sbhgn rakyat.. Mgkin ramai. Rakyat spt kami ni, dh bosan dgn plbg 'lakunan' tak kira siapapun ... Pihak kerajaan atau pmbangkng. Plbg isu, tak habis habis! Adakla mengarut sgt! Nak kta apa..? Tggu shj bala drp Allah SWT. Surah Al-Baqarah ayat 5 : Allah SWT (mmbalas) memperOlok-Olok dn mmbiarkn mereka meraba-raba dlm kesesatn mereka (yg melampaui batas itu..) Kpd sdra sy yg Muslim yg sgt sygkn diri klrg keturunn dn ikatn ukhwah muslim yg jg amt sygkn Allah SWT, jgn terleka dgn DUNIAWI ye..tksg..

    ReplyDelete