Tuesday, December 22, 2015

FGV perkenal gudang logistik


Tidak terlalu melayan persepsi dan fitnah pembangkang, anak syarikat FELDA iaitu Felda Global Ventures Sdn Bhd (FGV) terus melangkah kehadapan menuju kejayaan.

Bukan sekadar bergantung harap kepada hasil sawit semata-mata. FGV berpandangan lebih jauh ke hadapan dengan menjadikan keperluan logistik dan pusat simpanan barang. Ini dapat dibuktikan dengan pelan pembinaan gudang di sebidang tanah dengan keluasan 10 ekar di Tanjung Langsat, Johor.

Satu kawasan yang dilihat cukup strategik berikutan berada hampir dengan kawasan pelabuhan.


Sudah tentu negeri Johor yang berjiran dengan Singapura menjadi pilihan FGV disamping terdapatnya pusat industri Pasir Gudang, pelabuhan Tanjung Pelepas serta projek mega Rapid di Pengerang.

Lebih menarik, keperluan 'warehousing' di negeri Johor semakin meningkat termasuklah melibatkan minyak dan gas, kejuruteraan, pembinaan dan industri marin berat.

Bagi Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) FGV Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah, usaha ini juga merupakan langkah FGV untuk mempertingkatkan kemampuan logistik dan rantaian bekalan di bawah kluster perdagangan pasaran dan logistik (TML).

Sehubungan dengan itu, satu anak syarikat ditubuhkan dibawah FGV bagi mengendalikan urusan berkaitan fasiliti syarikat dan dikenali dengan nama FGV Logistics Sdn Bhd.

1 comment:

  1. Syabas felda,jangan teragak-agak untuk terus maju.Namun kos pengluaran minyak sawitfelda masih agak tinggi berbanding ladang swasta. Perlutingkatkan kecekapan (cost efficiency)

    ReplyDelete