AdSense

Tuesday, December 22, 2015

Mari lihat topeng muka Guan Eng siri penutup tahun 2015!!!


Ramai yang bagai cacing kepanasan apabila Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat duduk sepentas dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Paling ketara adalah parti roket pemusnah, DAP menerusi kenyataan Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng - anak kepada Penasihat parti sama, Lim Kit Siang.

Alahai Guan Eng... masih macam budak-budak berhingus dengan mengamalkan politik sempit.


Sikap berpura-pura atau hipokrit Guan Eng ini dapat kita lihat apabila beliau lantang menghentam semberono serta menaikkan sentimen ketakutan dikalangan masyarakat Cina berkaitan perlaksanaan hukum hudud.

Sedangkan, dalam pertemuan sama pentas Najib - Hadi itu hanya memberi penekanan soal kesatuan ummah.

Justeru itu Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berpendapat bahawa Guan Eng perlu dikenakan tindakan diatas perbuatan tidak bertanggungjawabnya itu.

Jelas Ka Siong yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, pertemuan Presiden UMNO dengan Presiden PAS lebih terarah kepada kerjasama sesama seagama - Islam. Kerjasama yang dilihat berupaya memberi manfaat kepada umat Islam secara umumnya.




PELIK!

Guan Eng begitu asyik menuduh orang lain dengan tuduhan yang bukan-bukan. Sehingga terlupa mencerminkan diri sendiri.

Mengambil contoh hubungan kerjasama Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang dengan Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz. Hubungan yang bertujuan memantapkan sektor pelancongan di pulau mutiara itu. Adakah ini bermakna Guan Eng mengisi borang keahlian UMNO?

Sebab itu Ka Siong menyifatkan Guan Eng ini hipokrit dan pandai berpura-pura. Guan Eng bersama partinya DAP ini memiliki topeng muka yang cukup banyak.

Bagaimana pula rupa topeng Guan Eng dan DAP pada hari-hari dalam tahun 2016 nanti?


No comments:

Post a Comment