AdSense

Tuesday, December 22, 2015

Apabila Duta Palestin menyentuh tentang McDonald's


Masih ingat lagi bagaimana bermulanya fitnah terhadap McDonald's ditabur? Ya, gerakan memboikot McDonald's akan bermula apabila konflik peperangan di bumi Palestin menjadi hangat.

Sebelum itu, penulis sertakan semula beberapa artikel berkaitan McDonald's yang wajib dibaca :


Fakta yang perlu anda tahu tentang McDonald's
VIDEO : McDonald's lancar kempen penerangan
Siapa dalang disebalik usaha memboikot McDonald's?

Segala fakta yang terkandung di dalam artikel-artikel di atas seterusnya disokong dengan kenyataan daripada pemimpin di negara Palestin sendiri. Ia sekaligus menguatkan lagi fakta tepat tentang McDonald's Malaysia.


Duta Palestin ke Malaysia, Dr Anwar Al Agha bukan pemimpin asing dikalangan kita. Beliau merupakan antara individu penting buat rakyat Palestin dalam usaha memperjuangkan tanahair mereka yang dizalimi regim zionis Israel.

Melihat kepada gerakan memboikot McDonald's Malaysia yang kononnya ada pertalian dengan musuh utama regim zionis, Dr Anwar Agha menegaskan bahawa :

Rakyat Malaysia sewajarnya lebih bersikap rasional ketika berdepan dengan sesuatu isu. Gerakan memboikot McDonald's yang diadakan sebelum ini sehingga mencetuskan suasana keganasan tidak sepatutnya berlaku.

Dr Anwar Agha juga melahirkan pendirian tidak bersetujunya terhadap usaha memboikot McDonald's. Ini kerana baginya, ia mewujudkan ketidakadilan kepada para pekerja dan pengusaha di restoran McDonald's secara keseluruhannya.

Adalah tidak adil mengenakan hukuman kepada sebuah syarikat yang terbukti tiada kaitan dengan zionis Israel sepertimana yang didakwa!

Sebab itu Dr Anwar Agha berpendapat bahawa tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap McDonald's hanyalah dicedok daripada sumber yang tidak tepat. Apatah lagi dengan hanya merujuk kepada maklumat-maklumat yang disebarkan di internet. Ini termasuklah mengenai tuduhan penyaluran dana kepada zionis yang kelihatan cukup meragukan!

Oleh yang demikian, Dr Anwar Agha menyeru rakyat Malaysia supaya melepaskan kemarahan terhadap zionis mengikut cara yang lebih tepat iaitu dengan melontarkannya terus kepada kedutaan Amerika Syarikat.

Rasanya ramai yang bersetuju bahawa Amerika sememangnya rapat dengan zionis Israel bukan?

Tidak cukup dengan itu, Dr Anwar Agha turut mendedahkan kerjasama Amerika-Israel berhubung dengan keganasan di bumi Palestin.

Kata Dr Anwar Agha, sebanyak USD225 juta (RM720 juta) peruntukan untuk sistem pertahanan Israel (Iron Dome Missile Defence System) sudahpun diluluskan Amerika!

Sudah jelas di sini Amerika merupakan penyokong kuat kepada usaha menghancurkan bumi Palestin.

Rasional dan waras!

#TerimaFaktaTolakFitnah

1 comment:

  1. Dulu masa universiti di Malaysia ada satu atau dua saja, pelajar boleh membaca segala jenis buku pelbagai bentuk ideologi, tapi depa tak jadi komunis, fascist, atau pelampau pun, kecuali beberapa kerat yang memang mengaji pun tak pandai dan hanya membawa balik General Degree!
    Hari ini bebudak pelajar hingga ke pensyarah telah menjadi terlebih pandai tapi tidak ada ilmu yang boleh ditumpang!
    Kes McD ni hanyalah sebahagian dari kebodohan mereka hingga mereka berupaya menHALALkan dan mengHARAMkan pelbagai produk dan tingkahlaku orang tanpa fakta yang kukuh.
    Amat menyedihkan! Inilah yang dikatakan orang dulu-dulu "Yang cerdik tak boleh tumpang; yang bodoh tak boleh diajar!"

    ReplyDelete