AdSense

Wednesday, December 23, 2015

MCA Johor tubuh jawatankuasa khas tragedi Chiang Mai - Wee Ka Siong


Tragedi menyayat hati yang berlaku di Chiang Mai, Thailand pada Ahad lepas telah meragut 13 orang rakyat Malaysia.

Selain daripada mengucapkan takziah buat keluarga mangsa, MCA Johor juga bertindak pantas dan proaktif apabila satu jawatankuasa khas ditubuhkan.

Kata Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong, penubuhan jawatankuasa khas ini adalah bertujuan membantu keluarga mangsa yang terlibat di dalam tragedi terbabit.

Siang tadi, MCA Johor yang diketuai Datuk Tee Siew Kiong telah menziarahi keluarga mangsa berkenaan. Antara mangsa tragedi yang dikenalpasti berasal dari Batu Pahat.

Siew Kiong yang juga mewakili Menteri Besar Johor ketika lawatan itu mengatakan bahawa selain menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa, kerajaan negeri turut berperanan sebagai badan penyelaras bagi memastikan segala usaha membawa pulang jenazah berjalan lancar.

Dalam tragedi itu, seramai 13 daripada 22 warganegara Malaysia disahkan terkorban dalam nahas bas yang berlaku pada 11.30 pagi waktu tempatan (12.30 tengah hari waktu Malaysia).

Menurut laporan berita antarabangsa, bas itu terbabas selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan pikap, ketika dalam perjalanan dari wilayah Chiang Rai ke wilayah Chiang Mai.

Takziah.

No comments:

Post a Comment