Syukur Alhamdulillah...
Himpunan Rakyat Bersatu (HRB) dapat dijalankan dengan jayanya secara aman. Kuala Lumpur dimerahkan oleh lautan pencinta keamanan.
Sedia maklum, rata-rata peserta ini terdiri dikalangan 'silent' majoriti. Rakyat yang berpegang kepada prinsip demokrasi. Namun mereka bangkit apabila dihidangkan dengan pelbagai provokasi biadap yang dicetuskan oleh puak-puak cauvinist dan tali barutnya.
Kesabaran yang tidak lagi boleh ditahan.
Dalam lautan peserta ini, lensa kamera turut merakamkan gambar pemimpin FELDA, Tan Sri Isa Samad yang juga merupakan Pengerusi FELDA.
Apabila melihat wajah pemimpin ini, maka sah lah bahawa antara lautan yang membanjiri Kuala Lumpur dalam himpunan ini juga disertai oleh masyarakat FELDA.
Tidak hairanlah peserta Baju Merah yang ditemui termasuk dikalangan generasi kedua mengakui mereka sebagai warga FELDA - yang sama-sama hadir ke Kuala Lumpur bagi menyertai HRB.
Namun, puak-puak cauvinist termasuk tali barutnya melahirkan rasa bimbang mereka terhadap kebangkitan warga FELDA ini. Tanggapan mereka bahawa warga FELDA mudah diperdaya adalah meleset sama sekali. Maka itu warga FELDA dituduh dengan pelbagai tohmahan. Dipaksa hadir ke Kuala Lumpur, dibayar dengan upah mewah dan sebagainya.
Tetapi apabila melihat kepada lautan merah di Kuala Lumpur, puak cauvinist dan tali barut mereka sekali lagi menangis. Ternyata semangat Melayu dikalangan peserta HRB ini tidak mudah dijual beli. Dan ini mungkin menyebabkan nafas cauvinist dan tali barut berdegup kencang - berfikir banyak kali untuk melakukan provokasi biadap terhadap kaum Melayu dan negara.
Kini, warga FELDA yang majoritinya orang Melayu dilihat tanpa berbelah bahagi melahirkan penyatuan sesama mereka, apatah lagi mempertahankan agama, bangsa dan tanahair.
Syabas buat warga FELDA!!!
No comments:
Post a Comment