AdSense

Wednesday, September 16, 2015

Masih ada tali barut dan pengkhianat?



Malam tadi RTM menyiarkan tayangan yang cukup istimewa iaitu berkenaan sejarah Bukit Kepong.

Sempena kita menyambut Hari Malaysia, tayangan patriotik sebegini wajar dipuji dan diteruskan supaya dapat ditonton generasi muda.

Bagi penulis sendiri, filem-filem patriotik terutama sekali Bukit Kepong, sudah banyak kali ditonton tanpa rasa jemu. Sehinggakan kata-kata di dalam filem itu tersemat di dalam memori ingatan penulis.

"Ini wa punya kawan. Dia punya anak jatuh masuk perigi. Kita mau buat report. Mana itu sarjan? Boleh saya masuk ka? Saya mahu jumpa dia. Tolonglah latuk..."

Pengkhianat dan tali barut komunis. Mesti cari kepala yang memimpin.

Bukit Kepong, Tanda Putera dan mungkin lepas ini Bravo akan dipersoal - di situ terdedahnya saki baki komunis.

"HOI PENGKHIANAT! KAMI TIDAK AKAN MENYERAH" - Antara kata-kata akhir para pejuang di barisan hadapan Balai Bukit Kepong.

Dan pintu kecemasan di palu. Maka berkumpullah Kampung Belatak bersama lain-lain masyarakat yang berdekatan menjadi SATU!!!

*Sejarah tak boleh dipadam.

No comments:

Post a Comment