AdSense

Tuesday, September 15, 2015

Lepas desak Najib letak jawatan, PKR tukar Plan B


Sebelum ini puak-puak dalam PKR cukup lantang mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatannya.

Selepas berlakunya himpunan Bershit baru-baru ini... anak didik Ketua Pembangkang mula mencari idea baharu.


Kini PKR menerusi Setiausaha Agungnya Rafizi Ramli mahu Najib melepaskan jawatan sebagai Menteri Kewangan pula. Mungkin bagi puak ini, pimpinan kerajaan PR di negeri Selangor adalah lebih baik dan sewajarnya dijadikan panduan..

(Ah! tutup mata saja pasal skandal DEIG RM7.65 bilion tu)

Kasihan, baharu sekarang Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan ini sedar bahawa Najib yang dipilih menerusi sistem demokrasi pilihanraya ini sukar ditumbangkan daripada menerajui kerajaan Malaysia.

"Saya rasa hampir mustahil untuk perkara itu jadi realiti (Najib letak jawatan). Begitu juga dengan undi tidak percaya di Parlimen kerana kalau pembangkang sahaja setuju perkara itu tidak akan terjadi.

"Kita perlukan sekurang - kurangnya 30 Ahli Parlimen daripada BN, dan saya tidak nampak perkara itu akan berlaku dalam tempoh terdekat ini,"

Kenyataan ini sekaligus membuktikan bahawa Rafizi secara tidak sengaja mengakui sokongan Ahli Parlimen BN kepada Perdana Menteri sukar digugat.

Jadi, SIA-SIA sahaja perhimpunan Bershit yang dianjurkan selama ini. Taiko-taiko DAP sewajarnya memandang serius terhadap sikap Rafizi dan PKR yang tidak konsisten dalam perjuangan menumbangkan Najib ini!

No comments:

Post a Comment