AdSense

Tuesday, September 15, 2015

Selepas rumah urut dan arak, Ronnie Liu bercita-cita jadi pejuang keamanan


Ronnie Liu, siapa tidak kenal, antara abang besar DAP ini...
Dulu pernah bergaduh dengan ramai pihak, terutama sekali ketika bermulanya episod rampasan pemerintahan di negeri Selangor.


Siapa tidak kenal dengan Ronnie Liu...
Pejuang dan tokoh paling hebat dalam DAP. Beliau cukup kental memperjuangkan penjualan arak dan meluluskan banyak lesen rumah urut di Selangor.

Peristiwa paling hebat dan cukup bermakna buat para pengundi di Selangor apabila Ronnie Liu kelihatan cukup hebat mendesak Majlis Bandaraya Shah Alam untuk kembalikan arak yang dirampas kepada kedai yang melanggar peraturan menjual.

Selain itu beliau juga mengarahkan Majlis Perbandaran Subang Jaya tarik balik larangan ke atas orang Islam bekerja di premis menjual arak. Sehingga Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri ketika itu Datuk Dr Hassan Ali turut tewas.

Ini antara rentetan peristiwa paling berharga buat pengundi di Selangor yang memilih Pakatan Rakyat memerintah negeri mereka sampai hari ini. Tahniah!

Cerita tentang kenikmatan urutan-urutan gadis gebu dan kelazatan minuman kencing syaitan tidak lagi didendangkan. Menjadi rutin harian yang sebati di negeri Selangor barangkali menjadi aset bernilai tinggi pula apabila berjaya merancakkan sektor pelancongan sambil memasang impian menandingi negara Thailand.

Ronniu Liu kembali muncul...
Kini beliau cuba berada di belakang tabir.

Sebuah badan NGO, Otai Reformis yang kononnya mahu menjadi benteng berdepan dengan peserta Himpunan Rakyat Bersatu bangkit daripada kubu kuat mereka.

Pap! Pap! Pap! Bahu seorang lelaki sedikit berusia dengan nama Melayunya, Shaiful Ariffin - ditepuk oleh Ronnie Liu yang berada disebelahnya.

Lebih daripada tiga kali ditepuk, memberi mesej mudah bahawa Shaiful yang 'menjawat' jawatan selaku tukang cakap NGO ini sedang dikawal oleh Ronnie Liu. Paparan dalam video menunjukkan suasana harmonis apabila kelihatan bangsa Melayu, Cina dan India berada dalam satu kelompok.

Namun ia menjadi janggal apabila Ronnie Liu seringkali menyampuk ketika Shaiful yang dianugerah jawatan tukang cakap ini sedang ditemubual oleh lidah rasmi pembangkang, Mkini.

Selepas berjaya menjadi pejuang rumah urut dan arak, kini Ronnie Liu bercita-cita merangkul gelaran pejuang keamanan - satu anugerah yang beliau tidak terfikir untuk meraihnya ketika himpunan Bersih, Bersih2.0, Bersih3.0 hinggalah Bersih4.0.

No comments:

Post a Comment