Negara terus dilanda masalah jerebu yang semakin parah. Sehingga sekolah-sekolah di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Melaka dan Negeri Sembilan terpaksa ditutup serta merta selepas diumumkan tengah malam tadi.
Sekolah-sekolah di negeri lain turut mengalami nasib sama apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan masing-masing berada pada paras membimbangkan.
Sehubungan itu, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai mendesak pihak kerajaan Indonesia supaya menyelesaikan kegiatan pembakaran terbuka di negara itu dengan kadar segera.
Ahad lepas, Liow yang juga Menteri di Kementerian Pengangkutan sudah mengarahkan Jabatan Laut dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) agar mengeluarkan amaran jerebu kepada pesawat dan kapal-kapal.
Kata Liow, segala operasi melibatkan pesawat dan kapal perlu dihentikan jika jarak penglihatan kurang daripada 600 meter (pesawat) dan satu batu nautika (kapal / bot) akibat jerebu.
Kelihatan Liow mengambil sikap prihatin terhadap faktor keselamatan orang ramai berhubung perkara ini.
Dalam masa sama, orang ramai juga perlu menjaga kesihatan diri dan keluarga sebaik mungkin. Kurangkan aktiviti luar atau memakai topeng muka. Selain itu, banyakkan meminum air. Lebih baik, air kelapa atau air limau nipis. Kerana dua jenis minuman ini berupaya memelihara keseimbangan oksigen sel dalam badan.
No comments:
Post a Comment