Pemandu teksi yang berhasrat melakukan kesalahan berkaitan perkhidmatan mereka terutamanya memperdaya orang ramai perlu berfikir banyak kali.
Ini kerana pihak penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dijangka meneruskan operasi pemantauan dengan meneruskan Ops Tegas.
Sedia maklum, Ops Tegas yang dilancarkan sebelum ini berjaya memberi impak yang berkesan dan berjaya dalam usaha membanteras kesalahan-kesalahan melibatkan pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab.
Dalam tempoh terbaharu iaitu pada 13 September lalu, sebanyak empat buah teksi berjaya disita atas pelbagai kesalahan antaranyanya tidak menggunakan meter dan gagal menjalankan pemeriksaan berkala di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).
Menutup meter dengan menggunakan kain kerana faktor kepanasan cuaca yang sering diperkatakan oleh segelintir pemandu teksi ini adalah satu alasan yang tidak boleh diterima lagi. Begitu juga dengan alasan tiada masa untuk ke PUSPAKOM, alasan yang sering digunakan untuk melepaskan diri.
Kerana nila setitik rosak susu sebelanga
Sikap tidak bertanggungjawab oleh segelintir pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab dan tamak ini wajar dibendung habis-habisan. Sikap mereka ini tidak ubah seperti perumpamaan 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga'.
Nama baik negara terutamanya ibunegara, Kuala Lumpur akan dicemari akibat sikap tidak bertanggungjawab pemandu teksi yang gagal memberikan imej positif terutamanya kepada pelancong asing.
Terima kasih buat pasukan SPAD yang terus komited menangani isu ini demi kebaikan pengguna / orang ramai dan pelancong asing.
No comments:
Post a Comment