AdSense

Sunday, September 20, 2015

Razlan ajak BUKA MATA : Komplot Tumbangkan Perdana Menteri


Kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii siang tadi perlu diambil serius oleh pihak yang terbabit.

Ini bukan perkara main-main dan jangan lagi memperlekehkan suara Pemuda UMNO yang lantang memperjuangkan asas demokrasi negara.

Agenda menggulingkan kerajaan dengan menggunakan pintu belakang adalah suatu isu yang tidak boleh diabaikan dan dipandang sebelah mata!!!



Siasat Komplot Jatuhkan Perdana Menteri, Bubar PAC !

Kerajaan perlu membubarkan segera Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang sedia ada dan menggantikan anggotanya dengan anggota yang lebih kredibel dan berintegriti.

Bekas pekerja PetroSaudi Andre Xavier Justo telah beberapa kali di dalam pengakuan beliau menyebut nama pemimpin Pembangkang, Tony Pua sebagai salah seorang yang terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib Tun Razak.

Malah dalam pengakuannya, beliau mengakui bahawa mereka (pembangkang) juga merancang untuk menyabitkan kesalahan jenayah kepada YAB Perdana Menteri.

Pengakuan Justo yang dibuat di Mahkamah Thailand sepatutnya sudah membolehkan pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan ke atas Tony Pua, pemilik The Edge Tong Kooi Ong dan editornya Ho Kay Tat.

Sudah jelas keanggotaan Tony Pua dalam PAC umpama duri dalam daging kepada Parlimen dan rakyat.

Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) harus mencari dalang yang turut bersama Tony Pua berkomplot cuba menggulingkan kerajaan melalui penipuan dan konspirasi oleh anggota PAC sendiri.

Kertas siasatan harus dibuka dan kita berharapkan ahli lembaga siasatan tetdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman penuh dalam mewakili pendakwaan dan siasatan.

Diharapkan agar mereka ini tidak terlepas lari hanya disebabkan kesalahan teknikal. Banyak pihak yang sudah mendesak agar siasatan ini dijalankan termasuk Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dr Fuad Zakarshi baru-baru ini.

Maka diharapkan agar pihak berwajib segera mengambil tindakan agar tiada yang terlepas daripada komplot menjatuhkan Perdana Menteri.

3 comments:

  1. Engku tutup pintu depan sebab itulah mereka guna pintu belakang.

    ReplyDelete
  2. selama ni pintu depan terbuka, jadi apa masalah ko? pukul curi dan tikam belakang memang permainan ko kan

    ReplyDelete