AdSense

Monday, September 21, 2015

Serendah RM299, kini anda mampu miliki lesen motor!


Ya, dengan serendah RM299, anda mampu memiliki lesen memandu motosikal kelas B2.

Sedia maklum, ramai dikalangan masyarakat kita terutamanya golongan muda yang masih tidak memilik lesen memandu. Walhal lesen memandu ini adalah dokumen penting kepada pemandu / penunggang.


Iyalah, bukan sahaja melanggari undang-undang tetapi juga mengakibatkan kesukaran apabila berlakunya kejadian yang tidak diingini misalnya kemalangan jalanraya dan sebagainya.

Adalah sukar untuk menjalankan urusan laporan polis atau berhubung kait tuntutan insurans sekiranya tidak memiliki lesen memandu yang sah.

Mungkin kebanyakkan daripada mereka ini merasakan bahawa harga yang ditawarkan oleh sekolah-sekolah atau institusi memandu yang dikenakan agak tinggi.

Melihat permasalahan ini, Kementerian Pengangkutan mengambil inisiatif dengan melancarkan program #myLESEN pada 14 September baru-baru ini.


Program yang mendapat kerjasama Kementerian Pengangkutan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ini akan dibuka pendaftarannya bermula 15 Oktober 2015.

Jika sebelum ini, orang ramai diminta untuk mengeluarkan sejumlah RM350 hingga RM450 untuk mendapatkan lesen memandu kelas B2. Namun dengan pelancaran myLESEN ini, hanya RM299 sahaja diperlukan bagi mendapatkan lesen berkenaan!


Selepas majlis pelancaran myLESEN yang disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, beliau memberitahu bahawa kelonggaran turut diberikan kepada individu yang gagal dalam ujian bagi mendapatkan lesen ini.

"Kelonggaran ini diberikan kepada mereka yang gagal dalam ujian undang-undang lebih daripada dua kali. Dengan itu, ia akan dilakukan secara bertulis atau oral bertujuan membantu mereka sehingga lulus ujian tersebut.

"Tutorial juga diberikan kepada mereka supaya dapat memahami undang-undang jalanraya."


Untuk makluman pembaca, sebanyak 190 buah Institut Memandu di seluruh negara akan turut bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan di dalam program myLESEN ini.

Anda boleh menyemak senarai institut-institut di SINI

Program myLESEN ini sewajarnya direbut oleh individu berusia 16 tahun ke atas yang belum memiliki lesen B2.

AYUH! Dapatkan lesen anda segera! 'Save the date 15 Oct 2015'



No comments:

Post a Comment