AdSense

Saturday, September 5, 2015

Mesej akar umbi Pemuda UMNO Wangsa Maju

As salam wbt...

Sebagai orang UMNO, sy sering dihujani dengan soalan2 yg kini masih rancak dan terus membadai bahtera yg sedang dikemudi oleh YAB DSN. Sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, tugas beliau sebagai nakhoda bukanlah mudah. Terpanggil untuk tidak terus berselindung dalam menyatakan sokongan kepada institusi kepresidenan dan UMNO itu sendiri, sy tidak lari dari cuba menjawab isu2 yg timbul dikalangan rakan2 sekeliling sy berdasarkan atas kefahaman sy sendiri.


Soalan berkenaan 1mdb telah dijawab. Namun mungkin bukan apa yg rata-rata kita ingin dengar kerana kita sudah terlalu lama mempercayai jawapan yg ada pada diri kita sendiri. Tanpa mengambil kira akan kebenaran yg telah dijelaskan oleh pihak yg berwajib. Walaubagaimanapun, sy memohon kesabaran rakan2 untuk menunggu hasil siasatan. Cepat atau lambat biarlah siasatan berlangsung menggunakan etika penyiasatan yang ada. Yang penting sabar dlm menghukumi sesuatu. Selagi belum terbukti adanya kepincangan dan penyalahgunaan kuasa, janganlah kita sesuka hati membuat analisa sendiri. Biarkan undang2 yg menentukannya.

Berkenaan dana 2.6b, suka sy berkongsi bahawa tiada satu akta yg boleh kita gunakan untuk mensabitkan kesalahan penerima. Dengan ketiadaan akta atau 'open game' yg ada, tiada kesalahan bagi penerima untuk menerima dana politik asing. Msia bukanlah USA yg mewajibkan pengisytiharan terhadap dana politik yg diterima. Suka sy di sini untuk menyatakan sokongan terhadap usul agar dana politik perlu diisytiharkan oleh setiap ahli dan parti politik di Msia. Sekiranya ada yg mengusul.

Timbul juga isu kenapa kepimpinan tidak mengikut suara akar umbi yg mahukan kepimpinan itu diganti bagi menyelesaikan segala kemelut yg melanda. Sy gemar untuk berkongsi cerita mengenai demokrasi itu sendiri. Dalam sistem demokrasi, keputusan adalah berdasarkan majoriti. Sy kaitkan dalam suatu keadaan mudah. Keadaan di mana sy bersama tiga rakan lain berbincang untuk menggunakan lebuhraya mana untuk sampai ke negeri Kedah. Dalam mesyuarat kecil itu, 3 org rakan saya bersetuju untuk menggunakan LATAR sebagai pilihan. Sy berkeras mahu gunakan PLUS. Masing2 kami mempunyai alasan masing2. Mengikut faktor logik dan kebenarannya, PLUS adalah pilihan yg terbaik kerana boleh terus menuju ke destinasi. Manakala LATAR adalah lebuhraya baharu yg akan menggunakan lebih banyak masa dan akan menggunakan PLUS juga di akhirnya. Namun atas semangat demokrasi, keputusan dicapai untuk menggunakan LATAR. Bila keputusan sudah dibuat, wajarkah saya bercerita di luar mengenai pendirian sy yg ditolak dalam mesyuarat kecil tersebut? Walaupun sy punya asas yg kukuh, sy akan dicop sebagai tidak beretika dan lari dari matlamat mesyuarat yg mahukan kami berempat sampai ke destinasi secara bersama. Klu sy tetap tegas dgn pendirian sy, sy juga boleh sampai ke destinasi namun sy perlu keluar dari perjanjian asal. Kerana sy gagal mematuhi etika dalam demokrasi.

Seperti keadaan sekarang, adakah DSN tidak mengambil kira suara akar umbi? Kerana sebagai ahli umno dan mengikuti persidangan perwakilan bahagian2 serata Malaysia, sy dapati majoriti mahukan DSN terus memimpin UMNO. Majoriti itu dtg dari pengamal sistem demokrasi yg sedia ada iaitu org2 UMNO sendiri. Yang mana dapat kita lihat pada usul2 yg di bawa. Jadi Presiden dan parti haruslah bertindak kepada suara majoriti. Dan kenapa pula mereka yg minoriti menyuarakan ketidakpuasan hati kepada masyarakat yg luar dari sistem ini? Apakah tujuannya selain dari menyatakan pendirian anda yg tidak mewakili suara majoriti pengamal sistem atau anda punya niat buruk untuk menjatuhkan kepimpinan dan secara tidak langsung melemahkan parti? Di mana etika anda sebagai seorang ahli UMNO yg perlu mendokong hasrat parti agar bersama2 sampai ke destinasi? Sekiranya anda masih tidak mahu sehasrat dengan parti, maka percayalah..anda juga mampu untuk sampai ke destinasi, secara bersendiri.

Jadi apa yg perlu UMNO lakukan kini adalah bersama2 dengan kepimpinan parti meneruskan perjalanan keramat ini. Selagi mana beliau adalah pemimpin kita, selagi itulah dia perlu ditaati. Jadilah kita sebagai org institusi yg terus bertanggungjawab menyelamatkan institusi ini dari ancaman luar. Kita tidak perlu untuk tunduk kepada tuntutan luar kerana kita bertindak berdasarkan suara majoriti pengamal demokrasi dalam UMNO ini sendiri. Kuatkan barisan, tangkis segala tohmahan. InsyaAllah kita mampu untuk sampai ke destinasi. Perjalanan ini bukan mudah. Namun kita kena sentiasa kuat. Untuk sentiasa kuat kita perlu bersatu. Selesaikan kemelut mengikut jalan parti. Kenapa perlu hanyut dengan arus luar yg tidak bawa semangat UMNO? Tiada sebab kita perlu menggunakan jalan lain kerana jalan UMNO inilah yg telah mencorakkan negara selama ini. Malah jalan ini jugalah yg tidak pernah jemu menambah baikkan prestasi dari masa ke semasa.

Justeru itu, ayuh sekalian orang UMNO!!! Teruslah bertahan dan seia sekata dalam mengharungi badai. Kerana yg dituju bukan lah keinginan peribadi. Namun kejayaan Agama Bangsa dan Tanahair yg mahu kita pahatkan di tanah bertuah ini, tanah tumpahnya darah kita ini, Tanah Melayu.

Teruskan perjuanganmu UMNO!

Mohd Zaid Zulkafli
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Wangsa Maju

6 comments:

  1. Tahniah pemuda UMNO Wangsa Maju, kita sama2 menyokong PM kita.

    ReplyDelete
  2. Saya bukan ahli, tapi tetap setia bersama UMNO, INSYAALLAH
    Terus kn perjuangan utk MEMBELA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

    ReplyDelete
  3. Isunya bukan kerana tiada akta utk mendakwa Najib atau pilihan lebuhraya yg hendak digunakan. Isu utama adalah kerana Najib sebagai presiden dan juga PM tidak jujur dan amanah sebagai seorang pemimpin, lebih2 lagi sebagai seorang ketua. Lebih menjelekkan apabila Najib memecat Muhyiddin dan Shafie hanya kerana menegornya. Kalau tak bersalah kenapa perlu pecat. Lihatlah air muka Muhyiddin dan Shafie ketika dipecat. Bukan muka org bersalah tetapi muka org teraniaya.

    Ahli2 MT adalah ahli UMNO yg dipilih. Kalau tipu ahli MT bermakna menipu parti, dan menipu parti bermakna anda adalah pengkhianat. Anda tidak berintegriti.

    Dalam politik ni mudah saja. Anda tersilap langkah anda harus berundur. Tak kiralah umur masih muda ke, tugasan tak selesai ke, tak puas bekerja ke dll.

    Terimalah hakikatnya, kalau dah tersilap langkah, berundurlah dgn sendiri sebelum dipecat. Jaga dan peliharalah nama baik keluarga.

    Saya juga bukan ahli tapi saya pun sayang UMNO. Secara jujur kita tak perlu org yg telah terkantoi mengaibkan parti Melayu ini.

    Tak reti malu ke?

    ReplyDelete
  4. Pandai anon 9.15... tp syg, komen tanpa fakta.

    1. Lihat muka saja sudah boleh tahu si polan dan si polan sebagai dianiaya. Apa tuan/puan tidak mampu lihat kesedihan raut wajah Presiden? Ketika waktu sukar berdepan musuh hakiki - persepsi. Mana2 ketua perlukan Laksamana, Bendahara yg bersatu.

    2. Jika MT individu dipilih, begitu juga dengan Presiden. Dalam kesemua 191 Bahagian, majoriti masih perlukan Presiden DSN sebagai nakhoda. Apakah tuan/puan berpegang pada prinsip sama seperti pembangkang yakni taksub pada undi popular dan menolak demokrasi?

    3. Perenggan akhir komen tuan/puan jelas menunjukkan betapa ceteknya pemikiran tuan/puan. Dalam artikel sudah diperjelaskan, apa perlu Presiden berundur sedang siasatan masih dijalankan? Bila persepsi sebegini wujud, tuan/puan sudah meletakkan keputusan 'bersalah' melebihi 'tidak bersalah'. Permainan yang sama, penyokong taksub pembangkang akan tetap mengatakan DSAI tidak bersalah sekalipun sudah dijatuhi hukum oleh mahkamah!

    ReplyDelete
  5. Saya penyokong UMNO. Tapi saya tidak sokong Presiden UMNO sekarang. Tidak amanah, Pembohong, menyalahguna kuasa dan penakut. Untuk kesinambongan perjuangan UMNO terhadap Agama, Bangsa dan Negara, DSN perlu berundur. Jika tidak penguasaan UMNO akan berakhir di PRU14. Percayalah....

    ReplyDelete
  6. King Damdeok, buktikan apa yg tuan tuduh itu. Setakat berkata-kata tanpa fakta, budak tadika pun boleh, baca ikut skrip. Nampaknya ahli UMNO seperti tuan sudah termakan dakyah persepsi.

    Sila muhasabah diri. Apa jua tuduhan yang dilemparkan kepada Presiden hanya serangan untuk menjatuhkan kepimpinan.

    Nyatakan isu apa... Semua sudah dijawap. Tiada apa yang perlu diperjelaskan jika jawapan yang diberikan oleh Presiden tidak mengikut kehendak golongan seperti tuan.

    Bagaimana hendak katakan air Nescafe lebih manis daripada milo? Satu tambah satu jawapannya dua. Jika tuan masih mahukan jawapannya 10, nampaknya ada yang tidak kena pada tuan.

    ReplyDelete