AdSense

Monday, September 7, 2015

Demonstrasi jalanan pilihan DAP manakala MCA pula memilih...


Rancangan mereka hebat, strategi mereka teratur, tentera mereka hebat-hebat belaka. Tetapi roh perjuangan mereka berkiblat songsang. Agenda mereka adalah meruntuhkan kerajaan Malaysia, kerajaan yang dipilih mengikut prinsip demokrasi yang sudah dipraktikan sejak dahulu - pilihanraya.


'Mereka' yang dimaksudkan ini adalah kumpulan parti politik DAP. Kumpulan yang terpalit dengan isu berkaitan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Kumpulan ini juga berdepan dengan masalah kronik 

dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (CEC) mereka sebelum ini. Pemilihan yang tidak telus dan diktator sebagaimana dakwaan oleh segelintir ahli parti yang ditindas.

Tanpa mencermin diri sendiri, mereka tetap melancarkan demonstrasi jalanan... 

Sedia maklum, mereka berjaya mengerahkan sebilangan besar masyarakat Cina untuk turun ke jalanraya dalam himpunan Bersih4.0. Himpunan yang kononnya menuntut sistem pilihanraya yang telus dan mendesak Perdana Menteri Malaysia melepaskan jawatan.

Usaha mereka berjaya membawa nama Malaysia ke peringkat dunia. Himpunan serba kuning disebarkan secara meluas di media sosial termasuk media barat. Himpunan yang berjaya menakut-nakutkan pelabur dan pelancong.

Apakah ini yang diidamkan oleh lebih 30 juta rakyat Malaysia? Ibarat artis yang popular dimata dunia dengan kisah-kisah kontroversi yang buruk!

Sementara DAP tertarik dengan cara jahat, komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA pula memilih untuk bersama-sama kerajaan pemerintah dalam memperkukuhkan sektor ekonomi negara.

Usaha dan langkah yang lebih bertamadun berbanding himpunan jalanan yang membawa pemandangan kotor pada mata masyarakat dunia.

"MCA sebagai sebuah parti politik dalam kerajaan memilih untuk bersikap lebih pro-aktif, positif dan konstruktif dalam menyelesaikan masalah negara. DAP pilih berdemo untuk hentam kerajaan. MCA pula fokus pada usaha membantu kerajaan dan rakyat untuk memulihkan ekonomi negara."

Demikian kata Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai selepas merasmikan Persidangan 10 Strategi Ekonomi di ibunegara pada Sabtu baru-baru ini.

MCA yang mendominasi kaum Cina dalam komponen BN lebih terarah kepada pendekatan yang positif, kesederhanaan, perpaduan dan keharmonian. Amalan yang cukup jauh berbeza berbanding DAP.

Sebab itu MCA tetap berdiri teguh bersama kepimpinan pemerintah... Bersama-sama berganding bahu untuk kesejahteraan negara dan menolak budaya melaga-lagakan masyarakat.

Ketika ini, masyarakat Malaysia perlu fokus membangun dan merancakkan semula sektor ekonomi negara. Apatah lagi negara sedang menghadapi tekanan ekonomi di peringkat global termasuk penurunan harga minyak dan Ringgit. Apa yang jelas di sini, penganjuran himpunan politik jalanan seperti yang dilakukan oleh DAP bukanlah usaha yang positif. Ia hanya mengundang kemarahan rakyat dan memburukkan lagi keadaan!

Lihat bagaimana pengajuran Persidangan 10 Strategi Ekonomi hasil inisiatif Pemuda MCA ini...

Kesemua 10 bidang ini difokuskan dalam usaha menggerakkan pembangunan ekonomi Malaysia. Ini termasuklah bidang pertanian, pelancongan, pembuatan perabot, pembangunan luar bandar dan meningkatkan usahasama perniagaan dengan China. Selain itu, sektor pendidikan vokasional, teknologi maklumat (IT), komunikasi, logistik dan kewangan turut diberi penekanan seiring.

Tidak hairanlah... apabila MCA berjaya menggerakkan kempen 'Teguh Bersama' sebelum ini yang bertujuan menguatkan perpaduan dikalangan parti. Sementara kekuatan perpaduan kaum dalam mempertingkatkan daya saing pula dilancarkan untuk fasa kedua yang digelar, 'Medan Inovasi 1Malaysia'.

Usaha menerusi tiga fasa termasuk 10 Strategi Ekonomi ini sudah cukup menunjukkan semangat MCA dalam bersama-sama kepimpinan pemerintah membawa nama Malaysia dengan cara yang lebih baik dan berkesan!

No comments:

Post a Comment