AdSense

Wednesday, September 2, 2015

Selamat bertugas - CEO SPAD baharu, Mohd Azharuddin Mat Sah


Tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kini digalas oleh Mohd Azharuddin bin Mat Sah.

Perlantikan ini diumumkan oleh SPAD dan berkuatkuasa pada 1 September 2015.


SPAD dalam kenyataan berkata, Azharuddin diberi tanggungjawab antara lain mempercepatkan pertumbuhan pengangkutan awam darat yang berdaya maju dan ekosistem seperti yang terkandung di dalam Pelan Induk Kebangsaan Pengangkutan Awam Darat.

Azharuddin adalah nama yang tidak asing lagi di dalam industri ini apabila pernah memegang jawatan sebagai Pengarah 'Greater KL/Lembah Klang' dan pengangkutan bandar di dalam satu unit di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kata Pengerusi SPAD Tan Sri Dr Syed Hamid Albar, perlantikan ini adalah berdasarkan kepada kelayakan dan pengalaman luas Azharuddin di dalam sektor pengangkutan awam darat.

Sebelum ini, tugas selaku CEO SPAD dipikul oleh Mohd Nur Ismail Mohamad Kamal - Sejak SPAD ditubuhkan pada tahun 2010.

Kini, Mohd Nur Ismail dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif myHSR Corp - sebuah syarikat disokong kerajaan bagi menguruskan projek hubungan kereta api laju KL - Singapura.

Terima kasih atas khidmat Mohd Nur Ismail sebelum ini dan selamat bertugas buat Azharuddin. Semoga SPAD terus maju jaya dalam usahanya memacu serta merealisasikan agenda transformasi pengangkutan awam darat negara.

No comments:

Post a Comment