AdSense

Saturday, August 29, 2015

myBAS terima sambutan baik di Kangar, Perlis


Sejak mula beroperasi pada 1 Ogos lalu di Kangar, perkhidmatan myBAS telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai apabila jumlah penumpang harian meningkat daripada 271 orang kepada 447 orang.


Untuk makluman pembaca, myBAS ini adalah dibawah program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti (SBST) dan ia secara rasminya dilancarkan di Kangar, Perlis oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada 25 Ogos baru-baru ini.


Selain meningkatkan bilangan penumpang, myBAS turut menawarkan laluan meliputi jarak yang lebih jauh iaitu sehingga 337km berbanding 124km sebelum ini. Ini sekaligus memudahkan akses antara penduduk bandar dan luar bandar dengan lebih baik.

Sebanyak 5 laluan utama manakala 10 laluan perantara. Bagi sesetengah laluan, kekerapannya ditingkatkan dua kali ganda manakala waktu operasi bagi laluan utama pula dilanjutkan sehingga jam 9 malam.

Lain-lain jalan-jalan utama adalah seperti berikut :

Kangar - Padang Besar
Kangar - Beseri - Arau
Kangar - Ayer Itam
Kangar -Kuala Perlis - Kg Wai

Sementara laluan pengantara :

Kangar - Kg. Panggau - Kangar
Arau - Pauh Putra - Felda Chuping
Arau - Guar Nangka - Felda Chuping
Beseri - Kg. Jejawi - Beseri
Beseri - UiTM Arau - Arau
Arau - Kilang Gula
Arau - Kuala Sg. Baru
Kaki Bukit - Wang Kelian

Bagi pengunjung yang ingin pergi ke Wang Kelian dan Hutan Lipur Bukit Ayer pula, perkhidmatan khas akan disediakan pada hujung minggu.

Rangkaian myBAS bersama-sama dengan perkhidmatan ETS baharu oleh KTMB untuk menuju Arau dan Padang Besar ini akan memberikan intergrasi pengangkutan awam yang lebih baik secara keseluruhannya di negeri Perlis.

Syabas kepada #SPAD dan pihak-pihak yang berkerjasama dalam usaha menjayakan agenda transformasi negara.

1 comment:

  1. adakah laluan dari taman hijrah ke klinik beseri pergi dan balik..dari jam 6.00pagi hingga 9.00 mlm ..setiap 30minit...Adakah begitu tuan, kalau silap tolong betulkan? tolong kah saya...terima kasih

    ReplyDelete