AdSense

Saturday, August 29, 2015

Pendirian rasmi MCA mengenai #Bersih4


Baru-baru ini ada kenyataan daripada pimpinan sayap parti yang 'mengalu-alukan' penyertaan ahli MCA di dalam penganjuran himpunan haram bershit4.


Pemimpin muda dalam MCA ini mungkin tidak berfikir panjang sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian yang juga bertentangan dengan pendirian rasmi parti.

Setiausaha Agung MCA Dato' Seri Ong Ka Chuan sekali lagi menegaskan bahawa pendirian MCA di dalam himpunan haramjadah ini adalah dibantah sama sekali.

"MCA tetap dengan pendirian bahawa mana-mana ahli parti tidak dibenarkan menyertai perhimpunan Bersih."

Katanya lagi ia bagi mengelakkan senario politik tanahair menjadi lebih parah apabila berlakunya keadaan yang tidak stabil dan merumitkan.

Ini berikutan MCA tetap berpegang kepada prinsip keamanan dan kestabilan rakyat Malaysia sebagai antara wadah perjuangan mereka.

No comments:

Post a Comment