AdSense

Sunday, August 30, 2015

Anak syarikat FELDA labur RM1.1 bilion, beri manfaat buat peneroka


Sedia maklum bahawa ketika ini dunia sedang mengalami gelombang ekonomi melibatkan kekuatan dollar Amerika dan kelemahan Yuan China - Dua ekonomi terbesar dunia.

Gelombang ini secara tidak langsung memberi kesan kepada ekonomi negara dan menyebabkan nilai ringgit jatuh. Antara syarikat yang merudum adalah dikalangan industri gula.


Namun yang demikian, ia bukanlah penghalang kepada sebuah anak syarikat milik FELDA iaitu MSM Malaysia Holdings Berhad untuk terus melabur.

MSM mengambil inisiatif kejatuhan ringgit ini dengan langkah positif apabila membelanjakan RM1.1 bilion dalam pelaburan mereka.

Keputusan MSM untuk membeli syarikat pesaing ini dilihat sebagai tindakan yang bijak. Ia sekaligus mempertingkatkan keuntungan MSM di masa akan datang apabila berlaku pengurangan syarikat pesaing.

Apa yang lebih penting, ia berupaya memberi pulangan yang baik kepada peneroka-peneroka FELDA apabila pembayaran dividen dijangkakan tinggi. 

No comments:

Post a Comment