Pakatan Rakyat (PR) dalam kempen politiknya acap kali melaungkan slogan 'Undi Pakatan untuk memerangi rasuah'. Namun ia menjadi persoalan setelah kerajaan PR negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar yang baharu Mohamed Azmin Ali terlibat di dalam skandal Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang merisaukan.
Kata Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong, pemimpin PR yang lantang mengkritik 1MDB kini mengunci mulut mereka berhubung isu DEIG. Walhal dalam isu 1MDB, laporan lengkap dari pihak Ketua Audit Negara akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira.
Jelas mereka suka menuding jari dan mencari kesalahan orang lain tanpa melihat diri sendiri apabila terus membisu dalam isu DEIG.
Keengganan SELCAT membuka fail siasatan terhadap DEIG menjadi tanda tanya.
Ini dibangkitkan oleh Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCA Selangor, Ng Chok Sin. Katanya, DEIG yang juga syarikat bernilai RM2 ini dengan jelas beroperasi secara berasingan daripada MBI.
Azmin menduduki kedua-dua Lembaga Pengarah dan di sini wujudnya konflik kepentingan. Sebab itu peluang besar DEIG untuk dijadikan mekanisma rasuah dan penyelewengan oleh Menteri Besar setelah kerajaan negeri serta DUN tidak mempunyai kuasa memantau.
Kononya pemerintahan PR bebas rasuah kini mula terhakis.
Tiga orang Exco negeri daripada parti DAP dituntut untuk menyatakan pendirian mereka terhadap tindakan Azmin memindahkan aset negeri bernilai RM30 bilion (Azmin kata RM6.3 bilion) dari MBI ke DEIG. Namun Exco Kanan dari DAP iaitu Datuk Teng Chang dan dua orang rakannya kekal membisu.
Pembaca yang budiman sekalian, marilah kita membuka kembali lipatan sejarah yang baharu sahaja berlalu. Iaitu mengenai gerakan menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim daripada kerusi Menteri Besar Selangor. Cukup hebat. Khalid dituduh melakukan pecah amanah dan salahguna kuasa namun ia gagal dibuktikan dengan sah.
Jangan dilupa, Khalid berjaya memenangi kes mahkamahnya baru-baru ini. PKR menerusi Setiausaha Agungnya Saifudin Nasution terpaksa memohon maaf kepada Khalid berhubung penyebaran fitnah terdahulu. Bukanlah hendak memihak kepada Khalid semata-mata tetapi mahu menunjukkan bagaimana keji dan kotornya pemerintahan PR ini.
Lihat sahaja bagaimana strategi mereka menghukum projek-projek kerajaan dengan tuduhan yang berunsur persepsi. Kini, isu DEIG datang membawa fakta yang cukup jelas. Tidak hairanlah Khalid yang kini Ahli Parlimen Bebas bertikam lidah dengan Azmin di Dewan Undangan Negeri Selangor baru-baru ini.
Sementara Pengerusi Biro SME MCA Selangor, Dato Ei Kim Hock pula berhasrat mendapatkan pendirian daripada Ahli Majlis DAP Dato Teng Chang Khim serta Exco PKR Ean Yong Hian Wah dan Ganabatirau Veraman. Ketiga-tiga mereka tidak membantah tindakan Azmin di dalam mesyuarat Exco, apakah ia satu bentuk sokongan?
Jelas pada kita, pentadbiran PR ini bukanlah wujud untuk memerangi rasuah tetapi kelihatan seolah-olah sedang merancang melakukanya dalam skala besar!
No comments:
Post a Comment