AdSense

Friday, August 21, 2015

AEC pertingkat ekonomi serantau, FGV bimbang perubahan dalam kerajaan dan dasar beri kesan


Para pemain-pemain syarikat di Malaysia perlu merebut peluang untuk memperluaskan pasaran mereka.

Lebih-lebih lagi selepas Persidangan Asean meniup semangat baharu dengan penubuhan Komuniti Ekonomi Asean (AEC) yang dijangka ditubuhkan secara rasmi pada hujung tahun ini. Ini sekaligus memberi manfaat kepada komuniti perniagaan.

Apa yang menimbulkan rasa gelisah adalah mengenai kewujudan cabaran-cabaran baharu iaitu melibatkan perubahan dasar.


Kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Venture (FGV) Holding Bhd Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah, secara umumnya AEC akan banyak membuka peluang kepada 650 juta orang dirantau Asean dan akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi serantau.

Dalam masa sama, komuniti perniagaan ini terdedah kepada cabaran dari sudut pengawalseliaan dasar dan cabaran bersifat infrastruktur.

“Apa yang kami bimbangkan ialah jika (dalam tempoh jangka panjang), akan terdapat perubahan dalam kerajaan dan dasar. Keadaan (sedemikian) akan memberi kesan kepada FGV,” katanya di luar Sidang Kemuncak Asia Tenggara 2015 anjuran penerbitan yang berpangkalan di Britain, The Economist.

No comments:

Post a Comment