AdSense

Friday, August 21, 2015

Sumbangan mesin Hemodialisis diharap tingkat perkhidmatan dan beri keselesaan kepada masyarakat - Liow Tiong Lai


Sebanyak 10 unit mesin Hemodialisis diserahkan Kementerian Pengangkutan kepada pihak hospital dan klinik.

Ia merupakan inisiatif kementerian dengan menyelaraskan sumbangan pembelian mesin berkenaan daripada Lembaga Pelabuhan, Operator Pelabuhan serta syarikat-syarikat swasta berkaitan pengangkutan.


"Diharapkan sumbangan ini dapat membantu meningkatkan perkhidmatan hospital dan klinik Kerajaan dan seterusnya memberi keselesaan kepada orang awam."

Demikian kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika majlis penyerahan mesin Hemodialisis baru-baru ini.

Apa itu Hemodialisis?

Untuk makluman pembaca, ia merujuk kepada aktiviti mencuci darah. Ia merupakan antara kaedah rawatan kepada pesakit yang menghadapi masalah ginjal. Jadi, peranan buah pinggang bagi menjalankan aktiviti berkaitan darah akan digantikan dengan mesin Hemodialisis ini.

Pesakit tidak lagi perlu melakukan cantuman buah pinggang tetapi hanya dengan melakukan cuci darah secara berkala dengan jarak masa bergantung dari keparahan dari kegagalan fungsi buah pinggang.

Terdapat 128 buah hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada menyediakan perkhidmatan ini melibatkan 1,633 unit mesin Hemodialisis.

Sementara rekod pada tahun 2013 menunjukkan seramai 5,942 orang pesakit menerima rawatan di hospital KKM.

Namun yang demikian, mesin ini hanya boleh bertahan sehingga tempoh 8 tahun sahaja.

Usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pengangkutan bersama pemain industri terlibat ini antara lain adalah bagi menyambut saranan kerajaan iaitu menggantikan 635 unit mesin yang sudah sampai jangka hayatnya secara berperingkat tahun ini.

Syabas buat kementerian dan pihak yang terlibat dalam usaha membela masyarakat terutamanya para pesakit yang ketika ini sedang menderita.

No comments:

Post a Comment