AdSense

Sunday, July 26, 2015

Star Cruises - Mudahnya @cmlimguaneng tuding jari? @MOTMalaysia


Licik sungguh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menuding jari kepada pihak lain dalam sesuatu isu...

Berhubung penamatan pelayaran #StarCruises di Pulau Pinang, Ketua Menterinya bertindak menuduh pihak Barisan Nasional (BN).


Jelas pada kita, kenapa ia tidak ditujukan kepada pihak Star Cruises sendiri? Demikian soal Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Tan Teik Cheng...

Untuk makluman sidang pembaca, pihak Star Cruises membuat keputusan menamatkan perkhidmatan mereka di Pulau Pinang pada 15 Julai lalu atas keputusan perniagaan.

Mereka pada masa ini ingin memberi tumpuan kepada pelayaran bagi laluan Taiwan - Jepun. Pelik bukan, apabila BN pula dipersalahkan dalam perkara ini.


Sementara Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan, menjawab tuduhan Lim Guan Eng yang menuduh kementerian terbabit bertindak mensabotaj industri pelancongan Pulau Pinang berhubung status penamatan Star Cruises.

1. Merujuk kepada satu laporan berita baru-baru, pengendali kapal pelancongan telah menyatakan dengan jelas bahawa keputusan untuk memindahkan kapal pelancongan mereka ke pelabuhan asal di Xiamen, China adalah keputusan perniagaan semata-mata dan mereka juga sedang mengkaji untuk melayari perairan Asia Pasifik. 

2. Keputusan ini adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk mengoptimumkan kapasiti armada dan memenuhi permintaan bermusim pasaran. 

3. Oleh itu, jelas dakwaan bahawa kekurangan insentif daripada Kementerian Pengangkutan serta mempersalahkan sepenuhnya adalah tidak berasas. 

4. Sebenarnya, MOT telah mengecualikan kapal persiaran dari polisi "cabotage" di mana kapal persiaran tidak dikehendaki untuk memohon lesen perkapalan tempatan ketika berulang-alik antara dua atau lebih pelabuhan di Malaysia. 

5. Ini merupakan satu lagi usaha yang jelas oleh Kementerian bagi menggalakkan pelancongan pelayaran. 

6. Apa yang perlu ditekankan adalah hakikatnya bahawa Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) memang perlu dinaik taraf. 

7. Meletakkan dua buah kapal pelayaran yang besar pada waktu yang serentak di SPCT yang dermaganya berkeluasan 400 meter adalah sukar memandangkan kekangan keluasan ruang dan ini telah memberi kesan secara tidak langsung di pelabuhan SPCT. 

8. Bagi menampung lebih banyak kapal dan kapal yang lebih besar, keperluan untuk memperbesarkan pelabuhan tersebut perlu dilakukan dengan kadar segera. 

9. Walau bagaimanapun, sekatan dari segi keluasan tanah adalah punca halangan. 

10. Sejak tahun 2010, apabila SPCT mula beroperasi, Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang telah memohon untuk hak milik tanah dikeluarkan bagi meluaskan terminal pelayaran. 

11. Keengganan Kerajaan Negeri untuk mengeluarkan geran tanah telah menghalang usaha kami bagi meningkat dan menaik taraf kemudahan yang selaras dengan wawasan kami di mana ia bukan sahaja bagi mengekalkan syarikat kapal persiaran sediada tetapi juga untuk menarik syarikat lain menjadikan Pulau Pinang sebagai pangkalan mereka dan juga pelabuhan persinggahan.

12. Kementerian berminat untuk membangunkan terminal, bagaimanapun, jelas sekali ia bukanlah usaha di satu pihak sahaja, dan kami perlukan kerjasama dari pihak Kerajaan Negeri juga. 

13. Oleh itu, tuduhan-tuduhan yang tidak berasas terhadap Kementerian adalah benar-benar tidak bertanggungjawab. 

14. Kementerian ingin menggesa semua pihak untuk mendapatkan penjelasan sebelum membuat sebarang kenyataan, dan di dalam kes ini, dengan jelas sengaja mewujudkan kekeliruan di kalangan orang ramai dan juga pelabur. 

3 comments:

  1. Kenapa pihak persekutuan bila ada saja persoalan dan kritikan dari pembangkang selalu saja memberi jawapan yg terlalu bodoh ,malah takut dan menerima segala kutukan serta cacian dgn jawapan yg selamba..mana ketegasan sebagai kerajaan yg memerintah malaysia...bodohnya menteri dan kakitangan kerajaan terlalu non committal..add-on.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ni banyak sangat politik longkang x tahu mana lembu mana babi. Memang otak kau penuh ulat babi....

      Delete
  2. Aduhai Anonymous di atas ni..bodoh piang..kenapa masa kecik dulu tak mati je..

    Stok tak faham penjelasan MOT ke atau kenyang sangat makan babi keluaran Penang?...

    ReplyDelete