AdSense

Monday, July 27, 2015

ETS baharu diuji, ZELC jamin selamat @liowtionglai


Tren Elektrik (ETS) yang baharu masih diuji dan belum lagi digunakan, demikian kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dua gerabak ini masih belum mendapat lampu hijau daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Ini kerana, SPAD bersama pasukan teknikal Keretapi Tanah Melayu Berhad

(KTMB) sedang bekerjasama dan masih memerlukan sedikit pelarasan terhadap sistem keselamatan perlindungan automatik keretapi (ATP).

Dalam masa sama syarikat dari China, CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd (ZELC) memberitahu bahawa pihak mereka memberi jaminan keselamatan terhadap dua gerabak ETS tersebut dan mematuhi syarat-syarat keselamatan.

Namun yang demikian, ZELC juga sedia maklum bahawa kelulusan perlu diperolehi dan perlu mematuhi beberapa ujian sebelum ia beroperasi.

Ini termasuklah melibatkan keserasian 'trainset' dengan landasan keretapi yang dibina termasuk isyarat, pengurusan dan krew keretapi. ZELC mendapati bahawa masalah yang timbul bukanlah datang daripada trainset tetapi berpunca daripada kerosakan 'balise' iaitu alat isyarat balas.

Pembaca boleh rujuk kenyataan ZELC seperti dibawah :



Pada 10 Julai lalu, perkhidmatan ETS dari KL - Padang Besar dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan dan menerima respon yang cukup positif dikalangan orang ramai.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut membuka peluang kepada orang ramai bagi memberi pandangan dan cadangan tambahbaik perkhidmatan ETS tersebut.

No comments:

Post a Comment