AdSense

Saturday, July 25, 2015

Insiden brek LRT : SPAD pandang serius, tubuh jawatankuasa khas


Penubuhan jawatankuasa khas berhubung insiden kegagalan brek Transit Aliran Ringan (LRT) yang berlaku baru-baru ini merupakan satu tindakan pantas dan tegas pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).


Jawatankuasa khas itu ditubuhkan bagi menyiasat insiden tersebut dan akan dianggotai oleh para pakar termasuk wakil dikalangan #SPAD.

Lihat pada kenyataan Pengerusi SPAD Tan Sri Dr Syed Hamid Albar, cukup jelas pada kita akan ketegasan beliau apabila berdepan dengan isu-isu melibatkan pengangkutan awam terutamanya keselamatan penumpang.


Beliau menjangkakan siasatan tersebut akan siap dalam tempoh dua atau tiga bulan dan dilanjutkan kepada Peguam Negara sekiranya wujud unsur-unsur kecuaian atau kegiatan jenayah dalam insiden terbabit.

Tambah Syed Hamid, setiap keretapi diperiksa dari semasa ke semasa dan mengikut Prosedur Operasi (SOP) yang ditetapkan. Sekalipun faktor cuaca boleh diambil kira namun pihaknya tidak boleh membuat andaian awal.

Kejadian yang berlaku itu melibatkan dua keretapi #LRT laluan Kelana jaya berhampiran stesen Setiawangsa dan stesen Universiti di Petaling Jaya.



No comments:

Post a Comment