AdSense

Monday, July 27, 2015

#1MDB - Sabar tunggu keputusan siasatan. Tak perlu hakis kepercayaan rakyat, tegas @PMOMalaysia



Apa kecoh sangat pasal isu 1MDB ni? Dia punya 'push' tu lain macamlah!

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini meminta orang ramai supaya bersabar menunggu hasil siasatan yang sedang berjalan terhadap 1MDB.

Ia bagi menentukan kesahihan mengenai pelbagai dakwaan yang wujud.

"Siasatan sedang berjalan dan kita perlu memberi ruang kepada pihak terbabit untuk menjalankan tugas mereka. Oleh itu semua pihak lebih-lebih lagi anggota pentadbiran termasuk YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hendaklah menunggu hasil siasatan tersebut. Sewajarnya kita mengelak membuat kenyataan yang boleh mengeruhkan persepsi rakyat terhadap kepimpinan negara serta kerajaan dan UMNO.

"Tindakan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus membuat tuduhan tidak berasas termasuk kehilangan RM42 bilion kepunyaan 1MDB walaupun penjelasan telah dibuat oleh kerajaan turut menyumbang kepada terhakisnya kepercayaan terhadap kerajaan dan parti."

Kerajaan telahpun mengambil tindakan yang sepatutnya bagi menangani tuduhan dan kebimbangan yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak mengenai isu 1MDB. Ini termasuklah arahan kabinet untuk siasatan dibuat oleh Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Selain itu, satu dokumen 'Fact Sheet' mengenai 1MDB telahpun diedarkan kepada semua Menteri Kabinet sebelum ini.

Satu Pasukan Petugas Khas juga telah ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan oleh sebuah media asing bahawa dana 1MDB telah dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak serta pendedahan bekas eksekutif kanan PetroSaudi International Ltd Xavier Andre Justo bahawa beliau telah menjual dokumen yang dicurinya kepada pihak tertentu yang dipercayai berkomplot untuk menggulingkan kepimpinan negara dan kerajaan.

Sent from my iPhone

5 comments:

  1. PMO punya bos buka mulut sikit. Jangan membisu seribu bahasa. Ini lagi buat keadaan jadi keruh dengan berbagai andaian dan spekulasi. Cerita sikit pasal tuduhan wang masuk dalam akaun persendirian. Pegawai PMO cuma pandai nak bodek bos saja.

    ReplyDelete
  2. Orang cakap PMO bodoh karang marah. Mana boleh sebut UMNO dalam pernyataaan rasmi. Kalau cakap pasal kerajaaan, negara atau pejabat Perdana menteri bolehlah. Kerajaaan/.government kena neutral dan tidak boleh sama sekalai membela mana-mana entiti bukan KERAJAAN contohnya PARTI UMNO. Tak boleh sebut lansung.

    Kalau di sebut akan terjadi conflict of interest di anatara tugas NAJIB sebagai PM dan tugas beliau sebagai Presiden UMNO. UMNO bukannya anggota kerajaaan. UMNO ialah parti Politik. Tak kan lah PMO bangang-bangang sampai conflict of interest pun tak nampak? Tak faham kah perbezaaan dan tatatcara menulis kenyataaan?

    Boleh tak lepas ni orang cakap "oooooooooooo betullah NAJIB menggunakan jawatan PERDANA MENTERI ambik duit kerajaan bagi kat UMNO untuk pilihanraya ." Ini lah akibatnya kalau lantik pegawai bangang.

    Perdana MENTERI berkhidmat untuk semua dan tidak sepatutnya bertindak atas nama mana-mana parti. NAJIB kena bezakan sifat DAN KAPASITI beliau sebagai PERDANA MENTERI DAN PRESIDEN UMNO.
    Kalau nak bela UMNO tolonglah keluar kenyataan atas nama PRESIDEN UMNO dengan letterhead rasmi UMNO. BUKANNYA GUNA Pejabat Perdana Menteri. Faham tak ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, ha, ha ... komen yg ada realitinya.

      Delete
  3. Mak ai...sedapnya ulasan sebab kena atas pemimpin melayu. Kenapa kita tidak pernah persoalkan duit tabung pembangkang mana mereka dapat terutama DAP dan PKR..PAS dah sah hulur tabung kopiah..tapi cukup ke untuk perbelanjaan masa pilihanraya...kena pada UMNO semua bising...sekali sekali cuba ubah pertanyaan sama kepada DAP dan PKR...BOLIH???

    ReplyDelete
  4. Nak selamatkan UMNO ke nak selamatkan Najib ?

    ReplyDelete