Buat warga #FELDA, jangan lupa program jelajah 10 lokasi yang dianjurkan secara bersama Felda Global Ventures, Yayasan FELDA dan Astro Malaysia.
Projek yang dinamakan sebagai 'Gempak Keluarga FELDA' ini akan bermula Ogos ini. Stadium Mini Pendang, Kedah dijangka menjadi lokasi pertama program ini yang dijadualkan berlangsung pada 1 Ogos, beberapa hari sahaja lagi.
Untuk makluman pembaca, program ini bertujuan mengetengahkan usahawan generasi FELDA serta mempromosikan produk-produk keluaran mereka. Kumpulan pelanggan dalam komuniti FELDA dan daerah sekitar pula menjadi sasaran program ini.
Perusahaan, perniagaan, perdagangan, tanaman, akuakultur, kraftangan dan ternakan merupakan antara bidang yang mendapat sambutan kira-kira 30,000 orang usahawan FELDA setakat ini.
Selain itu, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu ASTRO, Khairul Anwar berkata, program ini menampilkan sedikit kelainan berbanding sebelum ini apabila ia menjadikan 'Gempak Keluarga FELDA' sebagai rancangan berbentuk Islamiah dan kerohanian.
Nah! Warga FELDA sewajarnya tidak melepaskan peluang ini terutamanya para usahawan bagi mendapatkan pendedahan di dalam bidang perniagaan dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment