AdSense

Tuesday, July 28, 2015

SPAD : Model tambahan Toyota Innova tingkat mutu perkhidmatan teksi


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengumumkan kenderaan jenis Toyota Innova untuk TEKS1M sebagai model tambahan sekaligus merealisasikan hasrat untuk meningkatkan mutu perkhidmatan teksi dalam negara.

Dengan penglibatan UMW Toyota ini, ia akan memberikan pilihan tambahan buat pengendali dan pemandu TEKS1M untuk menaiktaraf kenderaan mereka seterusnya menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada penumpang.




Menurut Pengerusi SPAD Tan Sri Dr Syed Hamid Syed Jaafar Albar, bilangan pengguna teksi akan meningkat apabila taraf perkhidmatan teksi bertambah baik dan secara langsung pendapatan pemandu teksi juga akan bertambah.


"Oleh itu, di dalam sebarang perancangan penambahbaikan oleh SPAD, kita mengambil kira semua golongan, sama ada untuk pemandu teksi dan juga pengguna yang menggunakan perkhidmatan teksi.

"Ia sekaligus merupakan situasi yang membawa manfaat kepada pemandu teksi dan juga penumpang apabila pemandu akan dapat menikmati pendapatan yang lebih baik sementara penumpang pula dapat menikmati perkhidmatan yang lebih selesa," ujar beliau.

Seramai 1,021 pengendali individu dan pemandu TEKS1M mendapat latihan daripada SPAD dan diharap menjadikan perkhidmatan TEKS1M sebagai antara yang terbaik di Asia menjelang 2017.


No comments:

Post a Comment