AdSense

Tuesday, May 5, 2015

Anwar, Wan Azizah dan parti keluarga : Hadi pernah berkata...


Tiada lagi maksud hormat menghormati di dalam parti pakatan. Mereka bebas menghina dan menfitnah sesama sendiri. DAP dan PKR dilihat cukup rancak membelasah PAS.

Tidak cukup dengan isu hudud, kini Presiden PAS dipergunakan dengan penyebaran poster kononnya beliau akan menghadiri program ceramah di Parlimen P44.

Lihatlah, demi meraih sokongan dan undi, mereka sanggup lakukan apa sahaja.


Semua orang tahu bahawa perpecahan parti dalam pakatan ini terus merebak ke PRK Parlimen Permatang Pauh. Sehingga pemimpin PAS mengaku akan berlaku undi protes oleh ahli mereka menjelang hari pembuangan undi 7 Mei ini.

Penyebaran poster palsu ini kononnya dapat menarik undi daripada PAS. Walhal sudah terang lagi bersuluh, perpecahan melibatkan DAP-PKR-PAS ini semakin tegang saban hari.

Percakaran parti dalam pakatan ini juga dapat kita lihat pada PRK Kajang suatu masa dahulu. Sehingga Wan Azizah yang kini dicalonkan di Permatang Pauh tidak mendapat sokongan daripada pemimpin PAS. Hadi pernah berkata,

"Nak lantik pemimpin ini banyak syarat-syarat dia. Antaranya pemimpin itu sendiri mesti ada kebolehan, kelayakannya untuk jadi pemimpin.

"Kalau daripada awal lagi dia tidak ada kebolehan untuk jawab soalan di Parlimen, untuk soal di Parlimen, soal dalam Dewan Negeri, nak berdialog dengan lawan dalam Dewan Negeri pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin? Ini tak boleh."

Makanya, apakah ini mahu diangkat sebagai pemimpin? Parti yang huru hara tanpa berkesudahan ini tidak wajar untuk diberikan mandat. Masa mereka banyak dihabiskan untuk bergaduh serta menfitnah sesama sendiri demi kuasa, bukannya untuk membela nasib rakyat.

Berilah peluang kepada calon Barisan Nasional yang muda dan berpendidikan seperti Suhaimi Sabudin ini berkhidmat kepada rakyat di Permatang Pauh. Percayalah, perubahan yang kalian corakkan ini mampu memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat Permatang Pauh!

#PRKPermatangPauh
#undilahBarisanNasional


1 comment:

  1. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH ATAS BANTUANGNYA AKI,RUSLAN, KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAHKAN ANDA HUBUNGI LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..THANZ ROOMX ZHOBATH



    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT HUB KI RUSLAN SALEH DI NMR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    THNKS ROOMX SOBAT

    ReplyDelete