AdSense

Sunday, April 19, 2015

PRK P44 - MCA all-out pastikan BN menang!


Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh (P44) akan menerima aura kencang dari barisan jentera MCA bagi memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN).

Tidak hairan siapa sekalipun lawan, baik anak kepada penyandang Datuk Seri Anwar Ibrahim, isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepupu Datuk Seri Anwar Ibrahim, biras Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun cucu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Parti anak beranak kroni Keadilan (PKR) ini akan diperangi cukup-cukup.

Dengan pelancaran Bilik Gerakan MCA untuk PRK P44 yang disempurnakan oleh Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai baru-baru ini, barisan jentera ini pastinya tidak sabar-sabar untuk memenangi hati pengundi di kawasan tersebut.

Sekalipun P44 ini dikatakan kubu kuat PKR, namun barisan jentera yakin untuk kembali merampasnya daripada genggaman pembangkang.


Laungan 'all-out' bagi memastikan kemenangan BN yang diterajui oleh Datuk Wee Ka Siong selaku Pengerusi Jawatankuasa PRU14 MCA ini disambut padu oleh barisan jentera.

Pengundi P44 ini bakal disedarkan daripada terus terpedaya dengan janji palsu pembangkang dan cengkaman kuasa anak beranak Anwar Ibrahim sejak sekian lama.



Status kubu kuat PKR ini tidak lagi sama dengan situasi pada hari ini. Semua maklum, Pakatan Rakyat (PR) hanya dilihat gah dalam gabungan bersama PAS, DAP dan PKR.

Mereka kononnya mahu meniru kesepakatan komponen UMNO, MCA, MIC dan lain-lain dalam Barisan Nasional. Apa yang jelas, setiap parti dalam PR mempunyai agenda peribadi masing-masing.

Apabila menyaksikan perpecahan kronik PR sejak kebelakangan ini, tidak mustahil P44 yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai kubu kuat kroni Anwar Ibrahim akan roboh setelah pengundi mula tersentak dari lena mereka.

*Penamaan calon - 25 April 2015
*Undi awal - 3 Mei 2015
*Hari pembuangan undi - 7 Mei 2015

No comments:

Post a Comment