AdSense

Thursday, February 6, 2014

'kaki paw' di Downtown Cheras





Undang-undang mana yang kau pakai?

Ni, tindakan segelintir pihak yang cuba mengambil kesempatan sesuka hati, mengutip duit orang ramai atas alasan menjaga keselamatan.

Lokasi : Jalan Yaakub Latif, hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras, KL. (berhampiran bazar larut malam 'Downtown')

Budak : RM5 bang.
Aku : Kena bayar untuk apa pulak ni?
Budak : Kita jaga kereta bang.
Aku : Selama ni aku parking sini tak kena bayar pun?
Budak : Tu dulu bang, sekarang dah kena bayar.
Aku : Kau kerja dengan siapa? 
Budak : Penduduk dekat sini, kita bukan pengutip haram bang. Penduduk sini yang selalu komplen sebab banyak kes pecah kereta.
Aku : ooo... tu brader Rela tu buat apa? (sambil aku tunjuk seorang lelaki beruniform Rela tengah duduk bersembang dengan kawannya)
Budak : Kita tak ada kena mengena dengan Rela, saya diarahkan penduduk je.

Itulah antara dialog aku dengan seorang budak yang mengepau aku baru-baru ini. Untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini, aku hulur bayaran yang diminta dan aku mintak resit bayaran.

Aku ni malas nk selidik siapa di belakang budak tu, posting aku mcm biasa, dedah dan biar orang lain yang sepatutnya buat kerja... sampai bila nak makan gaji buta...

Kau nak jaga kereta orang Alhamdulillah, murni sungguh amalan tu... tapi bagi aku RM5 untuk sekali park tu x patut... kau mintak cadangan daripada penduduk yang kaya raya kat kawasan tu memanglah... bagi dia orang RM5 tu celah gigi je...

Kawan, park dekat kawasan Chow Kit pun kena paw, matpit paw RM1-2 je, kereta selamat jugak... dia orang pun jaga kereta jugak... ini kau badan tegap cukup sifat, ikut cakap penduduk yang kaya raya, apa pun tak boleh... apa dia orang ingat jalan tu mak apak dia orang punya? aku pun bayar cukai...

Ni lagi satu, benda ni secara tak langsung menidakkan tugas PDRM. Kau cakap banyak kes pecah kereta, hello lain punya kawasan ada Skim Rondaan penduduk, dia orang tak ada pun paw duit orang??? 

Tu lagi satu, Rela yang pakai uniform baru tu apa bikin? betul, nama pun Rela, kerja secara sukarela, apa Rela tak mampu nak cegah jenayah? Come on, jangan cakap kerja Rela tak ada gaji, mengamuk menteri yang berkaitan nanti...

Kau orang pandai, ambil kesempatan terhadap pengunjung yang nak pergi menjana ekonomi Bumiputra kat Downtown tu... Kalau betul kau nk buat amal, kenapa tak jaga keselamatan kenderaan di sepanjang jalan utama tu? Jalan yang ada trafik light tu. 

Tak payah nak komplen jalan jem, betul pengunjung yg datang ke Downtown ni hampir semuanya park kereta mereka di bahu jalan, apa masalahnya? bukannya menghalang lalulintas pun... kalau ada yang halang pun, budak2 motor tahu nak ajar dia orang, bagi calar sikit, comfirm dah tak buat lepas tu...

Berbalik kepada cerita asal, kaki kaki paw yang nak cekik duit orang awam ;

1. Mana PDRM untuk cegah jenayah.
2. Kenapa bukan DBKL yang kononnya tuan tanah kat KL ni yang paw duit rakyat.
3. Kenapa bukan Rela yang kawal dan awasi keselamatan.

Mesej buat penduduk, rumah (apartment) yang kau orang duduk tu baru siap, kau orang pun baru duduk situ, tapak asal rumah kau orang tu adalah bukit belukar. Dan sebelum rumah kau orang tu dibina, Downtown sudah lama beroperasi, sejak zaman 'Shuffle' lagi. Jadi yang kau orang penduduk nak kecoh kecoh ni pasal apa? Kau orang dah tahu kawasan rumah tu memang selalu ramai orang! Orang nk pergi Downtown kot... Jangan cuba buat undang undang sendiri kutip duit orang sesuka hati!

Tak kisah lah penduduk situ majoriti guru ke taukeh besar ke orang politik ke penyokong kerajaan ke pembangkang ke timbang rasa la sikit... 

Apa yang pasti, dimana ada penjanaan ekonomi orang Melayu disitu wujud hasad dengki!

7 comments:

  1. sama jugak kat uptown danau kota tu.
    tak pepasai parking kat petronas sibuk lak ada orang minta duit.
    padahal dulu parking kat shell je pun.
    tu tempat umum bukannya boleh kutip duit pun.

    alasan...tolong orang melayu
    gi mampos la

    ReplyDelete
  2. Senang nak mengajaor puak nie semua. Pakat ramai-ramai jangan pergi mengunjung untuk tempoh 3 bulan, sure tutup punyer.

    ReplyDelete
  3. Yang banggang g situ knafa....x yah g brg pun murah pun....ciplak....buatan cino jo byk....

    ReplyDelete
  4. yup...kat dpn sekolah mintak rm 2 kat dpn sikit mintak rm 5...takbaginya aku...aku parking dpan lagi...
    yup bukan murah pun barangnya...dah lama aku tak shoping situ...baruni just pergi urut kaki...
    pernah skali aku ngan mber siang tu beli baju jeket kat time sq....rm 60,kat sini try tanya harga last rm 80...terkejut gila...lagi mahal dari time sq n sg wang plaza...

    ReplyDelete
  5. Pdrm tak kacau sbb budak2 tu dah kawtim bos . Dbkl plak mmg tak ambik tau . Rela plak tugas dia hanya jaga kawasan downtown tu saja bos , depan sekolah tu bukan kawasan dorang dah

    ReplyDelete
  6. Polis tak ambik tau pasal budak2 tu dah kawtim . Dbkl plak mmg tak ambik port . Rela plak tugas dia jaga downtown je , bukan smpai jalan depan sekolah tu . Dan satu lagi , budak2 parking tu bukan kerja dgn penduduk2 yg kaya2 tu . Dorang semua budak2 sri melaka/taman tenaga . Area siyu sapa yg pegang ? Fikir2 sendiri

    ReplyDelete
  7. Teringat zaman2 shuffle tgk sapa tah artis AF nari shuffle kt downtown.masa tu aku xtau lg nama tarian tu,pelik tgk bdk2 tu nari hentak2 kaki��

    ReplyDelete