DAP pusat telah mengesahkan dan bersetuju dengan kebiadap Naib Pengerusi Kebangsaan Teresa Kok?
Bila dilihat apa yang disiarkan oleh lidah rasmi parti RoketKini, jelas apa yang dikatakan kelancangan mulut Teresa Kok menghina pemimpin, negara dan parajurit!
Maaf dengan gambar yang di 'printscreen' ini agak kabur, namun pembaca boleh melihatnya di pautan ini (jika tidak dipadam)
RoketKini : Sarikata Penuh Video Teresa Kok
Sebelum itu, mari lihat apa yang sempat penulis 'highlight' kan ini...
TERESA KOK: Tuan-tuan dan puan-puan. Selamat datang ke program tilik nasib Tahun Baru Cina istimewa kami, ONEderful Malaysia! Saya nak beritahu anda, tahun Kuda pada tahun ini adalah benar-benar hebat.
Selain daripada Bintang Tuah yang biasa, Bintang Malang dan Bintang Bergaduh, terdapat juga Bintang Kenaikan Harga Perumahan, Bintang Kenaikan Harga Petrol, Bintang Kenaikan Harga Utiliti dan dua bintang sangat luar biasa iaitu Bintang Harga Betul-betul Naik dan juga Kesemua Harga Barang Naik. Kesemua bintang ini bersama-sama membentuk satu Tahun Kuda yang amat jarang berlaku dan sangat hebat. Hari ini, kami amat berbesar hati untuk menjemput tiga tetamu berprestij untuk menyertai kami dan berkongsi dengan kami nasib Tahun Kuda yang sangat hebat. Pertama sekali, saya ingin memperkenalkan orang yang suka menjadi pak turut orang yang memberi manfaat kepadanya dan juga suka menangis, Pakcik Wai. Oops maaf, sepatutnya Abang Wai .
ABANG WAI: Bagus untuk menuju ke utara atau selatan tahun ini. Jadi, jika anda ingin melakukan perjalanan sila tunduk kepada lanun Selatan dan Utara (lebuh raya). Tinggalkan wang anda kepada mereka, mereka akan memastikan keselamatan anda sepanjang perjalanan ke destinasi anda.
MASTER YAN YAN: Ataupun anda boleh melancong ke Melaka dan melawat Jonker Street, tetapi perlu cepat. Kerana ia akan hilang tidak lama lagi. Ataupun, anda boleh melancong ke Sabah untuk melihat lanun, siap dengan bonus pertunjukan penculikan dan adegan tembak menembak. Persembahan secara langsung, pastinya sangat menarik. Ataupun, mari kita pergi lebih jauh ke Johor untuk melihat lukisan mural “Berhati-hati! Perompak ada berdekatan”. Pemandangan yang sangat cantik.
ABANG WAI: Ini bukan tahun yang baik untuk melangkah keluar dari rumah anda. Oleh itu jangan keluar jika tidak perlu. Jika anda benar-benar perlu keluar pastikan tidak memakai pakaian yang terlalu Bersih. Bagaimana pula dengan warna? Pakai lebih banyak baju berwarna merah, elakkan memakai baju dan seluar berwarna kuning. Kuning mungkin menyebabkan anda dibawa ke mahkamah. Jika lebih serius, ia akan menyebabkan kemudaratan dan kecederaan kepada badan.
SOALAN PENONTON: Apa-apa tip untuk pengajaran kepada anak-anak yang nakal?
PUAN JIT: Baiklah, biar saya menjawab soalan ini. Anak-anak kecil yang nakal pada satu masa nanti mahu anda untuk keluar ke jalanraya dan mendesak supaya anda turun, anda tidak perlu bimbang kerana ia hanya berlaku sekali dalam lima tahun. Apabila mereka nakal, hanya berikan mereka beberapa gula-gula untuk memanjakan mereka. Mereka kemudian akan taat dan diam. Tetapi jika anda masih tidak dapat menutup mulut mereka, maka sebenarnya lebih mudah jika kita pergi ke Daerah Gangnam dan mencari Puan Gangnam menari untuk kita. Kemudian semuanya akan selesai.
Ok sekarang hampir 300 laporan polis dibuat terhadap Teresa Kok.
Beliau mungkin sudah dipanggil polis untuk memberi keterangan, mungkin.
Malah penganjur yang menawarkan RM1200 kepada mana mana pihak yang berjaya menampar Teresa Kok SUDAH dipanggil polis untuk memberi keterangan.
Sedangkan orang yang mencetuskan isu adalah Teresa Kok!
Sistem apa yang kita pakai sekarang? orang yang membuat masih seronok? siapa yang mahu dengar kepada suara yang bangkit kerana dihina?
KEBAL ??? |
Apa sistem perundangan yang kita boleh pakai kepada Teresa Kok? Apa Akta Hasutan 1948 itu tidak relevan?
MAHU TUNGGU berapa lagi laporan polis?
MAHU TUNGGU beramai banyak demonstrasi hendak dibuat?
MAHU BIAR sahaja Ahli Parlimen BIADAP ini???
INI NEGARA APA??? Mana-mana orang BEBAS membuat provokasi????
ARE YOU KIDDING ME???
kalau macam tu caranya orang Melayu pun boleh buat apa seperti apa yg Teresa Cock buat. Tentu tak akan diambil tindakan juga. Fair & square. Dia pun masih bebas lepas lagi.
ReplyDelete