AdSense

Wednesday, January 15, 2014

Filem 'Devils Due' : Mesej Daripada Kristian?


Tiada niat untuk mempolitikkan hiburan. Cuma hanya memikirkan filem kategori 18 tahun ke atas ini mampu mewujudkan persepsi janggal dikalangan kita dalam negara yang bermasyarakat majmuk ini. Tidak dinafikan, filem 'mat saleh' ala-ala filem 'Paranormal' ini begitu menarik jalan ceritanya. Dan sudah pasti menyeramkan penonton dengan adegan-adegan suspens.

Lebih menarik, terdapat dua kali ulangtayang mengenai beberapa potong ayat yang dikatakan di ambil dari kitab agama iaitu 'golongan anti-christ datang', 'jam terakhir'.



Di dalam plot cerita itu golongan tersebut merujuk kepada pengamal-pengamal ilmu hitam yang dikatakan wujud sejak sekian lamanya. Ya, negara kita adalah sebuah negara demokrasi, tiada siapa menghalang mana mana pihak untuk menonton apa yang mereka mahu tonton. begitu juga Perkara 3 dalam Perlembagaan iaitu Islam sebagai agama persekutuan, dan dalam masa sama mana-mana agama bebas mengamalkan agama masing-masing.

Cuma apabila kita berbalik semula kepada kehidupan rutin terutamanya dengan apa yang berlaku hari ini, Pengarang akhbar mingguan gereja The Herald Paderi Lawrence Andrew mengejutkan ramai pihak apabila menggunakan kalimah Allah, malah setelah mahkamah rayuan di Putrajaya membuat keputusan, Lawrence dikatakan masih lagi tetap dengan pendiriannya untuk menggunakan kalimah Allah.


Secara luarannya Lawrence dilihat begitu 'tabah' menghadapi walau beribu kecaman, bantahan dibuat, dilaporkan kepada pihak polis dan lebih mengejutkan ramai pihak ialah apabila beliau dengan angkuh tidak mempedulikan titah Sultan. Begitu hebat Paderi ini, hanya bergerak 'seorang diri' bagi mempertahankan apa yang disifatkan 'hak' beliau.

Sebahagian daripada bantahan : VIDEO

Begitu juga sebagaimana yang berlaku di Tanjung Karang apabila penduduk majoriti Islam membantah pembinaan gereja di kawasan mereka, walhal semua maklum disana penganut Kristian hanya 1-2 % sahaja. 
VIDEO DI SINI

Dan, apabila keluarnya sebuah filem berjudul 'Devils Due' ini, tambahan pula dengan situasi di Malaysia, apakah ini mesej daripada gereja-gereja seluruh dunia? Mana mana pihak yang tidak memihak kepada Kristian maka digelar 'anti-christ'? Dan anti-christ ini pula digelarkan penjahat dan pengamal ilmu jahat? sesiapa yang tidak bersama agama itu dianggap bersalah?

Bayangan penulis mungkin cenderung kepada unsur-unsur negatif, mungkin kerana terlalu mengambil kata-kata orang terdahulu sebagai panduan, 'sediakan payung sebelum hujan', 'elakkan nasi menjadi bubur'. Kalau bukan kata-kata manis daripada orang yang lebih dahulu makan garam.....

Penyokong gereja juga ada mengambil kata-kata daripada golongan mereka yang diangkat menjadi idola, di dalam forum Freedom of Religion in Malaysia; We Live in Peace and Harmony di Petaling Jaya baru-baru ini ada sepotong ayat yang disebut, 'if not 'we', who? if not now, when?

Sedutan video yang seolah-olah perlekehkan orang Islam, KLIK DI SINI

Kesimpulanya, apa salah pihak gereja mahu guna kalimah Allah? bina gereja di kawasan penduduk Islam dan jika berjaya mendapatkan kesemuanya itu, apa bentuk permintaan lagi yang diinginkan?

*Jangan hairan kerana tiada pula kedengaran para pelakon dalam filem seperti tajuk di atas menyebut perkataan Allah dalam lakonan mereka. : ) simbol untuk keamanan

JADI, SIAPA YANG MENENTANG 'MEREKA' DIKATAKAN JAHAT?

No comments:

Post a Comment