Rupanya-rupanya ramai yang mendesak Anwar Ibrahim supaya menunaikan janji beliau untuk menjadi pensyarah di luarnegara.
Atau dalam erti kata lain, bersara daripada dunia politik.
Mungkin juga desakan ini kerana mereka sudah muak dan bosan dengan kewujudan lelaki bernama Anwar Ibrahim yang terkenal dengan kegiatan menghasut rakyat ke jalananan?
Reformasi kekacauan yang dicetuskan menyebabkan pelabur kurang berminat dan tidak yakin untuk terus melabur di Malaysia maka menjadi perkara pokok untuk menyahkan Anwar Ibrahim dari dunia politik tanahair?
Ada logik juga kerana kajian yang dibuat The Edge ini mensasarkan golongan ahli perniagaan dan pakar ekonomi.
Petikan :
Undian The Edge, 80 peratus mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara politik kerana Ketua Pembangkang itu gagal melaksanakan janjinya menawan Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13).
Hanya 1972 yang berpendapat Anwar patut kekal membawa cabaran pembangkang dalam PRU akan datang. The Edge adalah akhbar mingguan di Malaysia yang tertumpu kepada isu-isu kewangan dan pelaburan.
Akhbar ini diterbitkan oleh The Edge Communications Sdn Bhd dan dilancarkan pada tahun 1994 untuk golongan eksekutif syarikat dan masyarakat awam yang berminat dengan pasaran kewangan Malaysia.
No comments:
Post a Comment