Jika diikutkan Anwar Ibrahim ni memang sampai mana pun tak akan habis.
Cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri musnah akibat rakyat telah membuat keputusan dalam PRU13, namun Anwar tetap dengan motto peribadinya, 'Lawan Tetap Lawan'.
Lawan walaupun telah ternyata di pihak yang salah.
Kerana malu dan terdesak maka himpunan haram diteruskan dengan sifat angkuh mengatasi undang-undang.
Baru-baru ini Najib Razak selaku Perdana Menteri yang sah, yang telah diberi mandat oleh rakyat, telah mendapat panggilan daripada Presiden Amerika Barack Obama.
Panggilan untuk mengucapkan tahniah diatas kemenangan BN pada PRU13 lalu dan memperkukuhkan hubungan dua hala kedua-dua negara.
Apa yang menghairankan, yalah, mungkin atas tiket ketua pembangkang, maka semua benda hendak di bangkangnya.
Anwar mempersoalkan tindakan Obama yang menghubungi Najib.
Katanya Obama patut mendapat penjelasan mengenai sistem pilihanraya di Malaysia.
Apa lagi, Anwar nak cakap yang SPR tak telus lah...
Walaupun dia menang di kerusi Permatang Pauh malah PR masih pertahan pemerintahan di negeri Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor, masih juga kata SPR tidak telus...
Tindakan Anwar yang mempersoalkan tindakan Obama itu sebenarnya menunjukkan betapa rakusnya Anwar hanya kerana kemaruk kuasa.
Bukankah PR dilihat begitu hebat di media sosial?
Apakah kerajaan Amerika begitu hina dan kolot sehingga gagal tembusi laman portal Malaysiakini yang banyak menyebar berita fitnah terhadap SPR?
Bukankah ada pemberita asing yang membuat liputan ketika PRU13 baru-baru ini?
Hakikatnya, laman media sosial yang menjangkaui pembaca / pelayar diseluruh dunia ini telah membuktikan bahawa permainan fitnah oleh PR ditolak majoriti, hanya pengikut taksub mereka sahaja yang percaya (SPR tidak telus)
Jelas, pemimpin dan masyarakat dunia telah akui bahawa SPR di Malaysia ini antara yang terbaik di seluruh dunia.
Hanya Anwar sahaja yang masih tidak berputus asa untuk menyebar fitnah hanya kerana kemaruk menjadi perdana menteri.
No comments:
Post a Comment