Siap dengan Bai'ah :
"Bahawasanya kita berikrar demi agama bangsa dan negara, kita tidak akan berpecah, kita tidak akan iri hati, kita tidak akan jadi pengkhianat, tetapi turut membantu beri kemenangan kepada BN dua pertiga majoriti,"
LAFAZ IKRAR ini sudah bagi isyarat jelas yang mana Pakatan Pembangkang PR akan dihapuskan sama sekali dalam plihanraya akan datang.
Dengan 10 resolusi usul yang dibawa menampakkan lagi pertubuhan badan bukan kerajaan seperti Perkasa ini kelihatan mantap dalam mempertahankan maruah bangsa.
10 usul untuk persidangan Tahunan Perkasa kali ke 3 ini ;
Perpaduan Bangsa, Kebebasan Beragama, Pluralisme, LGBT/ Liberalisme dan Faham Serba-Boleh, Pelan Tindakan Pendidikan Negara, Ekonomi, Isu Gaza dan Jenayah Perang, Campurtangan Kuasa Asing, Perkara 153 dan 87 Perlembagaan Negara serta termasuk Kestabilan Politik, Keselamatan dan Kesejahteraan Rakyat.
Mesej jelas buat Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang,
rakyat TOLAK AMALAN KOTOR didalam berpolitik.
Bahkan dasar-dasar tipu yang dibuat oleh pakatan rakyat kini membuka mata rakyat bahawa sememangnya parti kacukan DAP PKR dan PAS itu tidak mampu untuk teraju negara dengan baik.
Sesungguhnya pakatan pembangkang tidak mampu untuk mempertahankan maruah Islam waima parti yang kononnya Islam, PAS.
Betapa pakatan pembangkang DAP PKR dan PAS hanya tahu berpolitik dan menipu pengundi melalui taburan janji palsu semata-mata dan tidak berdaya untuk menunaikannya.
Syukur Alhamdulillah,
Walaupun Ibrahim Ali masih kekal dengan pendiriannya untuk bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas dengan membawa tiket BEBAS, setidak-tidaknya, dengan BAI'AH yang dilafazkan membuktikan KEKUATAN POLITIK ORANG MELAYU terus diangkat pada tempat yang paling tinggi.
Suara Lensa menjulang tinggi perjuangan dan dasar yang dipacu Perkasa dalam memartabatkan Agama, Bangsa dan Tanahair !
SUMBER GAMBAR : KLPOS
No comments:
Post a Comment