Saturday, December 15, 2012

Tu dia... DAP sudah beri isyarat untuk HAPUS KUASA POLITIK ORANG MELAYU...


DAP mahu tambahan 13 kerusi iaitu tiga bagi kawasan Parlimen dan 10 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pertambahan 13 kerusi adalah atas dasar semangat setiakawan dan tulus kepada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

 "Kita (DAP) telah terbukti menjadi rakan yang setia dan tulus kepada Pas dan PKR. DAP berharap bahawa kesetiaan kita ini diiktiraf dengan membenarkan DAP bertanding lebih banyak kerusi pada PRU nanti.

 "Kita menyasarkan tiga tambahan kerusi untuk Parlimen dan 10 kerusi untuk DUN di Semenanjung Malaysia manakala Sabah dan Sarawak sedang mengendalikan rundingan kerusi mereka sendiri," katanya. 

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar bertajuk "Perubahan Di tanganmu" pada kongres ke-16 DAP di Pusat Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) di sini hari ini. Pada pilihan raya umum 2008, DAP bertanding bagi 47 kerusi Parlimen dan 102 kerusi DUN.
SUMBER

1 comment:

  1. aku nok dengar komen pahlawan nik ajis n penglima hadi mulut rabik...

    ReplyDelete