AdSense
Sunday, December 16, 2012
Mufti Perak kasi warning lagi...
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini menegaskan akidah umat Islam perlu dipelihara sebaik mungkin kerana ia adalah tembok utama dalam memastikan negara terus berada dalam keadaan baik dan aman.
Beliau berkata demikian dihadapan kira-kira 7 ribu hadirin dan acap kali menyebut mengenai kepincangan serta kecelaruan umat Islam dalam negara.
"Akidah yang kuat adalah tunjang kepada bangsa Melayu," tegasnya ketika majlis perasmian Perhimpunan dan Persidangan Agung Tahunan Perkasa bagi kali ke-3 di Dataran Astaka Tasik Titiwangsa diibunegara semalam.
Tambahnya, umat Islam dewasa ini menghadapi pelbagai ancaman khususnya dari segi akidah. Malah, dakyah yang kelihatan aktif dan agresif ketika ini bukan daripada golongan Islam, tetapi penganut Kristian sehingga menyebabkan angka Islam murtad meningkat. Baca Selanjutnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment