AdSense

Friday, September 14, 2012

Syukur Pelajar UIAM kepada Kerajaan?

Gambar hiasan

Kira-kira 24,911 Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diserahkan secara percuma kepada pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini (semalam), bagi membolehkan pemilik menikmati diskaun hingga 60 peratus untuk 11 jenis barangan terpilih.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kad diskaun itu adalah inisiatif kerajaan bagi membantu 1.5 juta pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara termasuk UIAM.

“Ia akan dikeluarkan Bank Rakyat Malaysia Bhd dan boleh digunakan di 231 kedai membabitkan 2,414 cawangan seluruh negara.

“Sehubungan itu, kerajaan bersetuju memberi kad berkenaan secara percuma kepada pelajar IPT seluruh negara,” katanya ketika berucap sebelum melancarkan KADS1M dan Komuniti Mesra Alam UIAM di UIAM Gombak, di sini, hari ini.

Antara jenis barangan yang ditawarkan menerusi inisiatif KADS1M sejak diperkenalkan 2 Julai lalu adalah buku, alatulis, cermin mata, bayaran pengangkutan, produk Teknologi Maklumat (IT), kelengkapan sukan, makanan serta minuman.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menyambut baik langkah UIAM dalam menganjurkan program Komuniti Mesra Alam yang membabitkan 10 ‘Sekolah Angkat’ di sekitar universiti berkenaan.

Beliau berkata, ia adalah perkongsian pintar terhadap usaha mengekalkan alam sekitar hijau terutama di kawasan Gombak dan sekolah di sekitarnya,
“Ia juga selaras dengan perancangan kerajaan bagi mewujudkan keseimbangan dari segi pembangunan ekonomi dan mesra alam sekitar bagi menjamin kehidupan yang mampan di negara ini,” katanya.
Berita Harian

No comments:

Post a Comment