AdSense
Thursday, September 13, 2012
Filem Hina Nabi Muhammad : Protes Umat Islam memuncak!
Di luarnegara, rakyat membuat protes besar besaran untuk menunjukkan rasa sayang mereka kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Berhubung kebiadapan Sam Bacile yang menghina serta memaparkan penipuan dalam filem 'Innocence of Muslim telah mengakibatkan umat Muhammad berasa marah dan tercabar.
Kejadian protes yang mengakibatkan pertumpahan darah di kedutaan AS menunjukkan umat Islam sudah pasti akan mempertahankan agamanya. Malah Liga Arab juga mengutuk penghinaan agama seperti itu.
Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin juga merasakan perkara sama.
Petikan media :
" Pemuda UMNO Malaysia hari ini mengecam sekeras-kerasnya penerbitan filem berjudul Innocence of Muslims oleh Sam Bacile kerana menghina, mengutuk dan memaparkan penipuan tentang peribadi dan ajaran Nabi Muhammad SAW bahkan juga Al-Quran serta para sahabat Baginda Rasulullah SAW.
Khairy Jamaluddin berkata, kecaman ini adalah penzahiran daripada rasa marah seluruh Umat Islam di negara ini kerana filen tersebut tidak menghormati sensitivi Umat Islam serta batasan di dalam kebebasan bersuara. "Sebagai Umat Islam yang mencintai Rasulullah SAW, kami sekali lagi mengulangi kutukan ini dan meminta pihak berkuasa di Amerika Syarikat mengambil tindakan sewajarnya ke atas penerbitan filem ini yang jelas menunjukkan provokasi liar, biadap dan mencemar hubungan dan toleransi antara agama," katanya melalui laman sosial Facebook rasminya.
http://klpos.com/politik/16321-pemuda-umno-dan-pas-kecam-filem-hina-islam-di-us
PERINGATAN :
PROTES INI ADALAH PEMBERONTAKAN UMAT ISLAM YANG MAHU MEMPERTAHANKAN AGAMA MEREKA. JANGAN SAMAKAN PROTES INI SEPERTIMANA PROTES 901 DAN 'BERSIH' YANG MEMBELA INDIVIDU BERGELAR 'ANUGERAH TUHAN'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment